G-SHOCK Transformers
Kolaborasi sempena ulang tahun bersama 35 tahun.

Casio Computer mengumumkan kerjasama bersama Takara Tomy.co. menghasilkan jam G-SHOCK edisi khas. Ia adalah sempena sambutan ulang tahun ke 35 G-SHOCK pada tahun ini dan 35 tahun Transformers tahun hadapan.

Jam tersebut boleh bertukar kepada karektor Transformers paling popular iaitu Master Optimus Prime – Resonant Mode. Nombor model jam G-SHOCK ini adalah DW – 6900TF – SET yang dilengkapi dengan spesifikasi aksesori istimewa bagi membolehkan jam tersebut digabungkan bersama robot Optimus Prime itu yang turut didatangkan bersama pakej kotak istimewa.

 

Casio G-SHOCK Transformers
G – SHOCK × TRANSFORMERS Master Optimus Prime Resonant Mode (G – SHOCK set) ini boleh dijadikan dalam 2 mod robot Transformers.

Daripada semakan yang dibuat pada laman web rasmi Takara Tomy, jam G – SHOCK edisi khas ini berharga 29,000 yen (lebih kurang RM1078.82 berdasarkan tukaran matawang asing semasa).

Jam ini akan mula berada dipasaran Jepun bermula 8 Disember ini. Pasaran Malaysia tidak dimaklumkan tapi dijangkakan akan masuk dalam tahun 2019.

Jadi, kepada peminat G-SHOCK dan Transformers, sambil selam minum air.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here