Review Aplikasi cDock2
cDock2 sesuai bagi anda yang suka customize Mac.
Review aplikasi kali ini adalah khusus untuk Dock. cDock2 merupakan aplikasi yang membolehkan anda melakukan perubahan setting khas untuk Dock. Anda boleh mengubah arahan/visual dan menambah fungsi tambahan untuk Dock.
Aplikasi cDock2
Sekiranya anda bosan dengan Dock Mac tapi suka bermain dengan mengubah/customize Mac anda, terdapat banyak setting menarik yang boleh anda cuba dengan cDock2.
Menggunakan cDock2 amat mudah kerana antaramuka setting aplikasi ini amat ringkas. Setiap perubahan yang anda buat boleh dilihat dengan segera. Selepas perubahan setting dibuat, anda hanya perlu klik pada butang Restart Dock.
Untuk menggunakan aplikasi ini, anda perlu memadam dahulu System Integrity Protection bagi Mac OS X El Capitan. Caranya adalah dengan masuk ke System Recovery (tekan butang kekunci Command dan R serentak selepas restart Mac). Kemudian pada Menu Bar Utilities pilih Terminal. Taip csrutil disable dan tekan butang kekunci return. Ini bagi menutup fungsi System Integrity Protection tersebut (anda boleh mengaktifkan semula System Integrity Protection tadi selepas cDock2 di masukkan dengan langkah yang sama cuma tukar arahan csrutil enable). Jika anda mengaktifkan semula System Integrity Protection, aplikasi XtraFinder tidak boleh digunakan (jika anda menggunakan XtraFinder atau aplikasi yang perlukan System Integrity Protection dinyah aktif).
Aplikasi cDock2 boleh dimuat turun secara percuma dari laman web rasmi pembangun aplikasi tersebut w0lfHub. Selamat mencuba 🙂
Tinggalkan Komen