Dikemaskini.

Ciri-ciri menarik iOS 10 yang mungkin anda tak tahu.

Akhirnya iOS 10 sudah boleh mula dimuat turun bagi menaik taraf peranti iOS. Tapi sebelum anda menggunakan iOS 10 diperanti anda, ada baiknya anda tahu serba sedikit beberapa ciri terbaru serta perubahan yang Apple lakukan terhadap iOS 10 ini.

  • Aplikasi utama boleh dibuang. 

Aplikasi utama yang ariffmac maksudkan ini adalah seperti Calendar, FaceTime, Videos, Notes dan beberapa lagi aplikasi yang didatangkan sekali bersama iOS. Aplikasi-aplikasi tersebut kini boleh dibuang (bahasa mudah faham). Kalau sebelum ini aplikasi-aplikasi tersebut tidak boleh dibuang dari peranti iOS. Kini anda boleh membuangnya jika anda tidak menggunakannya. Tapi secara teknikalnya, aplikasi tersebut bukanlah boleh dibuang, tetapi sebenarnya ia cuma tidak dipaparkan di skrin peranti anda sahaja. Namun begitu data-data pengguna yang menggunakan aplikasi tersebut akan dipadam sepenuhnya jika anda teruskan untuk membuang aplikasi tersebut.

apps-ios
Tidak semua aplikasi yang didatangkan bersama iOS 10 boleh dibuang.

Senang cerita, kalau tak berapa yakin dan belum cukup faham dengan hal ini, ada baiknya biarkan saja seperti biasa. (Buat masa ini ariffmac masih tengah mencuba lagi bagi faham).

buang-app-video
Jangan buang!
  • Messages kini bukan sekadar hantar mesej.
messages-ios-10
Messages App Store.

Aplikasi Messages kini bukan hanya menghantar mesej, tetapi anda juga kini boleh bermain aplikasi bersama rakan anda dari aplikasi tersebut. Malah anda kini boleh memuat turun aplikasi dari Messages. Aplikasi Messages kini mempunyai App Store nya sendiri.

  • Safari – Tab tanpa had limit, Split View dan Tutup Tab.

tutup-tab

Kini untuk menutup Tab Safari, anda tidak lagi perlu tutup Tab tersebut satu persatu. Sebaliknya Safari di iOS 10 membolehkan anda menutup Tab Safari sekaligus dengan satu klik sahaja. Anda hanya perlu sentuh pada Tab View sehingga keluar kotak dialog seperti rajah di atas. Kemudian sentuh pada Close….Tabs. Safari di iOS 10 juga kini tiada limit jumlah penggunaan Tab. Anda boleh menggunakan seberapa banyak Tab yang anda mahu di Safari iOS 10. Malah, jika anda menggunakan iPad, Safari terbaru boleh menggunakan Split View seperti di Mac. Anda hanya perlu tarik Tab ke tepi, keluar dari Safari dan Split View pun aktif.

safari-split-view
Fungsi Split View Safari di iPad.

Masih terdapat banyak lagi ciri-ciri istimewa yang ada di dalam iOS 10. ariffmac akan kongsikan lagi pada masa yang lain pula.  😉

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here