Fahami dan kuasai ciri-ciri terbaru aplikasi iMessage.

iOS 10 merupakan sebuah sistem operasi terbaru bagi peranti iPhone, iPad dan iPod Touch yang telah ditambah baik oleh Apple dari segi keselamatan dan dipenuhi dengan ciri-ciri yang menarik.

Salah satu aplikasi yang telah ditambah baik adalah aplikasi iMessages. Sebelum ini ariffmac sudah tunjukkan cara untuk menggunakan Messages App Store yang membolehkan anda memuat turun pelbagai grafik dan aplikasi untuk iMessage.

Kali ini ariffmac akan tunjukkan pula ciri-ciri terbaru iMessages yang patut anda cuba.

iMessages

Setiap pemilik produk Apple (tak kiralah produk apa sekalipun) anda pastinya akan mempunyai akaun Apple.

Jadi secara automatiknya anda boleh menggunakan aplikasi iMessages di peranti iOS ataupun macOS.

iMessage membolehkan anda menghantar mesej dalam bentuk teks, audio, grafik menarik dan banyak lagi kepada rakan (sebagai contoh) yang turut menggunakan aplikasi tersebut (hanya peranti iOS dan macOS saja yang ada iMessage).

Bagi mengaktifkan aplikasi iMessage ini dari peranti iOS anda, sila ke Settings - Messages dan aktifkan iMessage.

imessages-setting
Settings - Messages (iMessages ON)

Selepas mengaktifkan iMessage, anda sudah pun boleh mula menggunakannya. Cuma pastikan dulu bahagian anda masukkan teks di Messages bertulis iMessage.

Terdapat dua cara untuk menghantar mesej dari aplikasi Messages iaitu mesej teks biasa ataupun iMessage.

Mesej teks biasa berwarna hijau.

imessage-deliver
iMessage berwarna biru.

Untuk mengaktifkan ciri terbaru ini, selepas anda masukkan teks yang hendak dihantar, anda perlu sentuh sedikit lama pada butang anak panah di bahagian tepi seperti pada rajah di bawah.

Jika ia tidak berkesan, anda perlu semak semula di Settings - General - Accessibility - Reduce Motion (pastikan Reduce Motion Off).

Kesan khas teks Bubble

Balik ke iMessage semula, anda akan dapati muncul pilihan ciri terbaru iMessages yang anda mahu lakukan ke atas teks tersebut sebelum ia dihantar.

Di bahagian Bubble, terdapat 4 pilihan kesan khas teks yang boleh anda pilih iaitu Slam, Loud, Gentle dan Invincible Ink.

Contoh kesan khas ke atas teks yang menggunakan Invinsible Ink.

Kesan khas Screen

Manakala di bahagian Screen pula, terdapat 5 pilhan kesan grafik yang boleh dihantar bersama teks iaitu Balloons, Confetti, Lasers, Fireworks dan Shooting Star.

screen

Digital Touch

digital-touch

Ciri terbaru Digital Touch pula memboleh anda menggunakan teknik sentuhan untuk menghantar mesej dalam bentuk kesan khas grafik seperti Fireball, Heartbreak dan banyak lagi.

Kesimpulannya

Walaupun aplikasi iMessage ini sudah ditambah baik dengan pelbagai ciri terbaru, pada pendapat ariffmac Apple Inc. mungkin sudah sedikit terlambat.

Ini kerana terdapat aplikasi mesej popular yang lain sudah pun mempunyai ciri-ciri tersebut (walaupun tak semua ciri tersebut sama seperti iMessage).

Malah ariffmac dapati ramai pengguna iPhone lebih selesa menggunakan aplikasi popular seperti Whatsapp, Telegram dan Line.

Ini kerana ia lebih fleksibel (boleh digunakan di Android dan iOS) serta pengguna mungkin sudah biasa dengan aplikasi-aplikasi tersebut.

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here