Ciri terbaru macOS high Sierra - Apple File System (APFS)

Dikemaskini pada 20 September 2017, jam 3.00 p.m.

Memahami sistem fail terbaru di macOS High Sierra iaitu Apple File System (APFS) yang akan menggantikan HFS+ (Hierarchical File System).

Di World Wide Developer (WWDC) 2016 yang lalu, Apple telah mengumumkan komputer Mac akan menggunakan sistem fail terbaru yang dikenali sebagai Apple File System atau singkatannya APFS. Sistem fail APFS ini akan menggantikan sistem fail yang sudah digunakan lebih 30 tahun  di Mac iaitu HFS (Hierarchical File System). Jadi apakah itu APFS?

Apple File System (APFS).

APFS merupakan format sistem fail yang digunakan pada ruang storan Mac dan ia akan digunakan buat pertama kalinya di macOS 10.13 High Sierra. Ia adalah seperti sistem fail FAT32 dan NTFS yang biasa digunakan di PC Windows cuma APFS ini dibangunkan khas untuk sistem operasi dan perkakasan ruang storan yang digunakan di dalam produk-produk sahaja.

Menurut Apple, APFS bukan hanya akan menjadi sistem fail standad di macOS, tetapi juga ia akan digunakan di semua peranti sistem operasi Apple yang lain iaitu iOS, watchOS dan tvOS. Kemunculan sistem fail baru ini berkait rapat dengan perkembangan teknologi storan yang digunakan oleh Apple iaitu SSD dan storan berasaskan flash.

Kini boleh dikatakan hampir kesemua produk-produk terbaru Apple telah menggunakan perkakasan storan jenis Solid State Drive (SSD) dan storan berasaskan PCIe flash.

Ciri terbaru macOS high Sierra - Apple File System (APFS)

Jadi APFS ini dihasilkan bagi mendapatkan manfaat penuh daripada teknologi tersebut. Walaupun sistem fail APFS direka untuk berfungsi dengan storan jenis SSD atau storan yang berasaskan flash, APFS masih dapat berfungsi dengan baik dengan storan jenis cakera keras HDD (Hard Disk Drive) yang ada sekarang.

Segalanya tentang data.

APFS dihasilkan bagi tujuan mendapatkan manfaat penuh terhadap data-data yang disimpan di dalam ruang storan. Apple menghasilkannya bagi menyokong keperluan teknologi data moden yang berkait dengan kepantasan, fleksibiliti dan keselamatan.

Data-data yangg disimpan di dalam perkakasan Mac akan menggunakan teknologi arkitektur 64 bit yang pantas. Maksudnya tidak akan ada lagi aplikasi-aplikasi yang dibangunkan oleh para pembangun aplikasi menggunakan arkitektur 32 bit. Hanya aplikasi yang menggunakan arkitektur 64 bit sahaja akan disokong di semua peranti Apple.

Ciri terbaru macOS high Sierra - Apple File System (APFS)
Sistem fail HFS yang digunakan di semua macOS sudah lebih 30 tahun.

Selain itu, capaian data-data dari ruang storan akan menjadi lebih pantas berbanding sistem fail yang digunakan sekarang. Sistem fail APFS yang lebih responsif dapat memudahkan jenis fail atau folder dikenal pasti. APFS mampu mengenal pasti fail-fail yang berbeza. Ini sekaligus akan mempercepatkan pencarian fail, mengklonkan fail, menyalin data bersaiz besar dan lain-lain.

Menurut Apple lagi, sistem fail APFS akan menjadikan data-data yang disimpan di ruang storan menjadi lebih selamat. Ini termasuklah data-data yang disimpan daripada kecurian, kerosakan dan salinan (backup) data yang lebih baik. Ini kerana APFS mempunyai sistem enkripsi terbina dalam (penyulitan) data, perlindungan daripada kerosakan data dan sistem salinan data automatik. Ummmm… macam ni pening nak explain. Senang cerita data lebih selamat, risiko kerosakan dan kehilangan data lebih rendah.

Ciri terbaru macOS high Sierra - Apple File System (APFS)
macOS High Sierra dan semua peranti OS Apple yang lain akan menggunakan sistem fail APFS kelak.

Teknikal penting yang perlu and tahu tentang APFS

Pada pendapat AriffMac, storan yang berasaskan flash dan SSD akan mendapat kelebihan daripada sistem fail APFS ini. Namun begitu ia tetap boleh digunakan di storan jenis HDD. Tetapi format APFS tidak boleh dijadikan sebagai format sistem fail utama sebagai sistem operasinya selain daripada macOS High Sierra. Maksudnya hanya macOS High Sierra sahaja yang boleh menggunakan APFS sebagai startup volume nya.

Ciri terbaru macOS High Sierra - Apple File System (APFS)
macOS Sierra atau macOS yang sebelumnya tidak boleh menggunakan format sistem fail APFS sebagai startup volume nya. Tetapi APFS boleh dijadikan sebagai partion atau sebahagian format bagi macOS tersebut.

Apabila anda mengemaskini ke macOS High Sierra nanti, macOS tersebut secara automatik akan menukarkan sistem fail HFS+ di Mac tersebut kepada sistem fail APFS. Walaubagaimanapun, sekiranya jenis storan Mac anda adalah Fusion Drive atau Hard Disk Drive (HDD) macOS High Sierra tidak akan menukar sistem fail yang sedia ada.

Mac anda juga tidak akan mempunyai pilihan untuk menggunakan format sistem fail APFS ini. Ini bermakna, APFS tidak menyokong jenis perkakasan storan tersebut untuk dijadikan sebagai sistem fail utama bagi Mac anda tadi.

Selain itu, anda juga perlu tahu peranti storan yang menggunakan sistem fail APFS tiada masalah untuk proses baca dan tulis datanya (read and write) bersama dengan peranti atau perkakasan yang menggunakan sistem fail yang sama. Malah peranti storan luar yang menggunakan format sistem fail APFS juga boleh digunakan bersama macOS yang menggunakan sistem fail HFS+ tetapi dengan syarat Mac tersebut mestilah menggunakan sistem operasi macOS High Sierra.

Sistem fail APFS tidak boleh dibaca di sistem fail HFS+ yang menggunakan sistem operasi macOS sebelum daripada macOS 10.13 High Sierra .

Ciri terbaru macOS High Sierra - Apple File System (APFS)
macOS High Sierra menyokong kesemua jenis format sistem fail storan kecuali seperti biasa NTFS sahaja.

Sebagai contoh, sekiranya peranti USB storan luar anda menggunakan format sistem fail APFS, ia boleh dibaca oleh Mac yang menggunakan macOS High Sierra (walaupun format sistem fail Mac tersebut adalah HFS+). Tetapi peranti storan USB berformat sistem fail APFS tidak boleh dibaca oleh Mac yang menggunakan macOS 10.12 Sierra dan lain-lain.

APFS masih dalam versi beta yang didatangkan sekali bersama dengan macOS High Sierra Public Beta. Jadi sekiranya anda menggunakan macOS versi beta ini, pastikan anda membuat salinan data-data penting anda. macOS High Sierra Public Beta masih dalam peringkat percubaan dan masih terdapat banyak masalah tidak kestabilan pada sistem operasi tersebut.

Untuk maklumat lebih lanjut berkaitan format fail APFS ini sebagai persediaan mengemaskini ke macOS High Sierra bagi beberapa perkara lain seperti Boot Camp, File Vault, Time Machine dan lain-lain, anda boleh dapatkannya di bahagian Sokongan Apple.

 

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here