Dikemaskini.

Siri kini di Mac, tapi bergunakah?

Sebelun ini Siri hanya ada di peranti iOS sahaja. kini anda yang menggunakan macOS Sierra (hanya tinggal lebih kurang sehari lebih sahaja lagi) turut boleh merapu dengan Siri.

Sebelum ini AriffMac agak tipikal dengan Siri di Mac. Sebab pernah ada pengalaman yang agak teruk dengan Siri di iOS. Anda boleh baca review Siri di iOS yang AriffMac pernah tulis sebelum ini di Siri kau dah kenapa ha? Jadi bagaimana pula Siri di Mac? Hummm…

siri

Menurut Apple, Siri mampu melakukan pelbagai tugas (multitasking) yang dapat membantu anda yang sedang sibuk buat kerja.

Jadi Siri menjadi pembantu kepada anda melakukan tugas-tugas seperti membuka fail, aplikasi, memainkan lagu di iTunes, menghantar mesej (iMessages),  membuka laman web, mencari maklumat, berita, fail di dalam Mac dan banyak-banyak lagi yang mampu dibuat oleh Siri di Mac

Sangat banyak sebenarnya, anda hanya perlu memberikan arahan suara sahaja pada Siri untuk melakukan tugas-tugas tersebut.

penetapan-siri
Untuk mengaktifkan Siri, anda perlu hidupkannya di System Preferences (baru boleh guna).

Setelah mencuba Siri di macOS Sierra Beta, AriffMac dapati Siri sememangnya membantu dalam melakukan tugas. Klik saja pada Siri dan beri saja arahan suara padanya dan dengan pantas ia akan melakukan arahan yang diberikan.

Berikut adalah antara dialog AriffMac dengan Siri dan antara arahan yang telah diberikan padanya.

mesej
Hari ni adik pergi Belgium, jadi cuba hantar mesej dengan iMessage dari Siri.
Antaramuka iMessage di Mac.

Selain itu, AriffMac juga beri arahan memainkan lagu. Siri secara automatik akan membuka iTunes dengan pantas dan memainkan lagu yang dikehendaki.

hooba

Anda juga boleh berikan arahan berhentikan lagu di iTunes kepada Siri.

itunes-stop

AriffMac juga dapati Siri ni loya buruk jugak.

hey-siri

Tapi AriffMac juga dapati ada beberapa perkara yang Siri tidak boleh lakukan seperti memberi arahan buka System Preferences.

open-system

Tapi bila dicuba lagi sekali dengan hanya menyebut “System Preferences”, Siri boleh mengaktifkannya. Maksudnya di sini, anda perlu berikan arahan yang betul.

Tak perlu arahan panjang-panjang (terus straight to the point). Anda juga boleh beri arahan untuk buka aplikasi pihak ketiga seperti Microsoft Word, Google Chrome dan lain-lain.

Tapi Siri ni kadang-kadang tu dia tak begitu faham dengan sebutan yang kita cakap. Tambahan pulak kalau dah English tu dalam loghat utara atau loghat dari negeri lain.

Memang pening la Siri tu nak faham. Tapi anda boleh ubah perkataan yang  dieja tak betul oleh Siri secara manual.

siri-tak-faham
Ejaan boleh dibetulkan secara manual.

Bila dah betulkan ejaan, pandai pulak dia menjawab.

siri-loya-buruk
Berlagak minah ni….

Lagi satu, AriffMac juga minta Siri untuk tutup aplikasi yang digunakan. Malangnya Siri tak mampu menutup sesebuah aplikasi. Walaupun AriffMac guna pelbagai arahan perkataan seperti “Quit App”.

Maksudnya di sini, Siri tidak boleh tutup/padam aplikasi yang dibuka (sama seperti di iOS). Selain itu, jika anda sedang mendengar lagu dan beri arahan pada Siri, lagu tersebut secara automatik akan diberhentikan.

Lagu akan bersambung semula selepas anda selesai menggunakan Siri (tak berapa menarik di situ).

tutup-apps

Terdapat banyak lagi perkara yang mampu dilakukan oleh Siri. Apa yang AriffMac kongsikan hanyalah sedikit sahaja daripada kapasiti kemampuan Siri. Hanya sistem operasi macOS Sierra sahaja yang mempunyai Siri.

macOS terbaru ini akan mula boleh dimuat turun oleh semua pengguna Macintosh bermula 20 September 2016 ini (Malaysia 21.09.16, hari Rabu, mungkin seawal jam 1.00 pagi).

tukar-nickname
Siri boleh tukarkan nickname (nama panggilan) di Mac.

Kesimpulan

Siri merupakan salah satu ciri terbaru utama yang difokuskan oleh Apple untuk macOS Sierra. Bagi anda yang pernah atau memiliki peranti iOS seperti iPhone dan iPad, anda mungkin sangat mesra dan faham sangat dengan cara menggunakan Siri.

AriffMac dapati Siri kini lebih mudah faham dengan apa yang dicakapkan. Walaupun English yang dicakapkan lintang pukang bunyinya. Tetapi ia agak menjengkelkan apabila AriffMac perlu bercakap berulang kali untuk beberapa sebutan yang Siri tak faham (dia tak faham bunyi omputih loghat utara).

Tetapi kepada anda yang memang fasih berbahasa Inggeris, Siri memang akan jadi pembantu anda yang setia di Mac.  😎

P/s: Siri juga boleh bertutur dalam bahasa Melayu (Indonesia) dan beberapa bahasa lain.

3 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here