Aplikasi ClipGrab pemuat turun video Youtube
Dikemaskini.
Cara mudah memuat turun kandungan video Youtube…
ClipGrab merupakan sebuah aplikasi percuma yang membolehkan anda memuat turun video-video daripada laman web seperti Youtube, Vimeo, Metacafe, Daily motion, youku, myspass, myvideo dan clipfish. Aplikasi ini amat mudah digunakan dan sangat berguna kepada anda yang suka menonton video di youtube dan ingin menyimpan video-video tersebut untuk ditonton semula nanti.
Ciri-ciri Utama
Search
Pada bahagian ini, anda boleh mencari video yang dikehendaki dari youtube sahaja.
Downloads
Kelebihan utama yang terdapat pada ClipGrab adalah ia mampu memuat turun video-video dalam pelbagai jenis kualiti. Daripada kualiti resolusi video serendah 240 sehinggalah resolusi video yang berdefinisi tinggi 1080p (HD) (tidak boleh muat turun video size 4K lagi). Selain itu aplikasi ini membolehkan anda memuat turun audio sahaja seperti format .mp3.
Settings
Di bahagian ini anda boleh menetapkan lokasi video yang ingin dimuat turun, notifikasi dan lain-lain.
Cara Penggunaan
Apa yang anda perlu lakukan ialah membuka laman web Youtube. Kemudian salin (copy) alamat video tersebut dan tampalkan (paste) ke ruang yang disediakan pada bahagian Downloads.
Ataupun anda boleh sahaja menggunakan bahagian Search untuk mencari video kegemaran anda. Selepas itu anda boleh memilih jenis format video ataupun audio di ruang Format. Kemudiannya pilih kualiti video atau audio di ruang Quality. Akhir sekali klik butang Grab this clip!
Proses memuat turun akan mengambil sedikit masa, bergantung kepada kelajuan internet, jenis kualiti video yang dipilih dan kepantasan komputer anda. Jika anda hanya memuat turun audio sahaja, ia tidak akan mengambil masa yang lama.
Anda juga boleh membatalkan proses muat turun yang sedang berjalan dengan memilih mana-mana proses yang dikehendaki dan klik pada butang Cancel selected download.
Dapatkan aplikasi ClipGrab.
Aplikasi ClipGrab ini boleh anda muat turun di laman web clipgrab.org secara percuma. Selamat mencuba. 🙂
Tinggalkan Komen