Apple perkenalkan Edisi Khas iPhone 7 & 7 Plus berwarna merah.
Hari ini telah perkenalkan Edisi Khas iPhone 7 & 7 Plus berwarna merah bagi sumbangan dana kepada badan sukarewalan seluruh dunia yang melawan penyakit AIDS. Untuk pengetahuan anda, Apple Inc merupakan syarikat korporat terbesar dunia yang telah bekerjasama dengan pertubuhan yang dikenali sebagai RED sejak 10 tahun lalu dalam pemberian sumbangan kepada badan dunia tersebut. (RED)’s telah melaksanakan program bagi menyelamatkan para pesakit AIDS khususnya di sebahagian Sahara Afrika di mana sebanyak 2/3 populasi pesakit AIDS dunia berada di situ.
Sejak penubuhan (RED)’S pada 2006, Apple telah menyumbang dana lebih daripada USD130 juta kepada badan tersebut. Sebelum ini, Apple juga telah pernah mengeluarkan produk-produk khas seperti ini bagi produk-produk mereka seperti iPod nano, produk dari Beats serta aksesori bagi iPhone, iPad dan Apple Watch.
Kapasiti storan yang ada untuk keluaran Edisi Khas iPhone 7 dan 7 Plus ini adalah 128GB dan 256GB sahaja dan harga jualannya bermula dari RM3699.00. Manakala harga iPhone 7 Plus pula bermula dari RM4299.00. Edisi Khas iPhone 7 & 7 Plus ini akan mula boleh dibeli secara atas talian dan di pusat-pusat jualan rasmi Apple bermula 24 Mac 2017 ini nanti.


