eGPU terbaru dari VisionTek dan PowerColor

eGPU

Tambahkan kuasa grafik Mac atau PC anda dengan eGPU terbaru dari VisionTek dan PowerColor.

Di pameran CES 2019 yang telah berlangsung baru-baru ini, PowerColor dan VisionTek telah perkenalkan eGPU terbaru mereka untuk Mac dan PC.

PowerColor Mini dan Mini Pro External Graphics (eGFX) 

PowerColor telah perkenalkan 2 model eGPU terbaru iaitu PowerColor Mini dan Mini Pro External Graphics (eGFX) khusus untuk para pengguna Mac yang mahukan lebih kuasa pemprosesan grafik.

PowerColor Mini dan Mini Pro External Graphics dilengkapi dengan kad grafik AMD Radeon RX 560 (4GB) dan RX 570 (8GB) yang boleh juga dinaik taraf kepada model kad grafik terbaru yang lain.

Ia boleh disambungkan bersama model Macbook Air, Macbook Pro atau mana-mana Mac yang dilengkapi dengan sambungan Thunderbolt 3 (USB-C).

Sistem operasi yang diperlukan pula adalah macOS 10.14.2 dan ke atas bagi PowerColor Mini atau macOS 10.13.4 dan ke atas bagi Mini Pro.

VisionTek Thunderbolt 3 Mini eGFX

eGPU terbaru dari VisionTek pula tidak didatangkan bersama kad grafik. Jadi ia memberikan pembeli lebih pilihan kad grafik yang mereka mahu gunakan.

Berikut adalah senarai kad grafik yang sesuai digunakan bersama eGPU VisionTek:-

  • VisionTek Radeon™ RX 570 Mini 8GB GDDR5 – 240W – PN 901255
  • VisionTek Radeon™ 7750 2GB GDDR5 6M – 240W – PN 900614
  • VisionTek Radeon™ 7750 SFF 2GB GDDR5 4M – 240W – PN 900798
  • VisionTek Radeon™ 7750 SFF 2GB DDR3 3M – 240W – PN 900686
  • VisionTek Radeon™ 5570 SFF 1GB DDR3 4M VHDCI VGA – 240W – PN 900366
  • TUL OEM Radeon™ RX 570 Mini 4GB/8GBD5 – 240W
  • SPARKLE GeForce GTX 1060 Mini 6GBD5 – 240W
  • SPARKLE GeForce GTX 1070 Mini 8GBD5 – 240W
  • ZOTAC GeForce GTX 1060 Mini, 3GB GDDR5 Super Compact – 240W
  • ZOTAC GeForce GTX 1060 Mini, 6GB GDDR5 Super Compact – 240W
  • MSI GeForce GTX 1060 AERO ITX 3G OC – 240W
  • MSI GeForce GTX 1060 AERO ITX 6G OC – 240W
  • MSI GeForce GTX 1070 AERO ITX 8G OC – 240W
  • GIGABYTE GeForce GTX 1060 Mini ITX OC 3GB – 240W
  • GIGABYTE GeForce GTX 1060 Mini ITX OC 6GB – 240W
  • GIGABYTE GeForce GTX 1070 Mini ITX OC 8GB – 240W
  • SAPPHIRE PULSE ITX Radeon™ RX 570 4GD5 – 240W

Harga

Harga eGPU PowerColor Mini dan Mini Pro eGFX adalah USD349 dan USD479 dan ia sudah pun berada di pasaran.

Di Malaysia anda boleh boleh mendapatkannya dari beberapa pusat jualan seperti dari A One Plus Supplies & Service Sdn Bhd atau C-Zone Sdn Bhd.

Manakal eGPU VisionTek pula berharga USD349.99 (tanpa kad grafik) yang sudah boleh dibeli menerusi laman rasmi VisionTek.

Info lanjut tentang eGPU terbaru ini boleh didapati di laman rasmi PowerColor dan VisionTek.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here