Bye-bye Apple…Hai hai Hackintosh!

Akhirnya Apple mengemaskini model iMac 2019 dengan perkakasan terbaru pada Mac lalu selepas kali terakhir iMac dikemaskini pada Jun 2017.  

Walaubagaimanapun, ia amat mengecewakan kerana model iMac 21.5″ dengan paparan 4K Retina, hanya dilengkapi dengan cip pemprosesan Intel Core i3 generasi ke 8.

Menjadikannya lebih mengarut, harga iMac tersebut adalah bermula dari RM5,599.00! Cip Intel i3 gen 8, tapi harga dia…hadoi.

Sama juga dengan model iMac 27″ 5K Retina 2019. Dilengkapi dengan cip pemprosesan Intel Core i5 generasi ke-8, tetapi harganya bermula dari RM7,699.00.

iMac 21.5″ 4K Retina yang hanya dilengkapi dengan cip Intel quad‑core i3 adalah berharga dari RM5,599. Manakala untuk iMac Pro yang berprestasi tinggi berharga dari RM20,855. Jika mahukan lebih prestasi, tambah lagi duit.

Jika anda inginkan model iMac dengan cip Intel Core i5 generasi ke-9 pula, anda terpaksa membelanjakan wang sehingga RM9,799.00.

Memerlukan hampir 10 ribu ringgit untuk memiliki sebuah komputer Apple dengan prestasi yang memuaskan hati.

Malah jika anda mahukan pula sebuah iMac berprestasi tinggi, anda terpaksa membelanjakan dari RM20,855 untuk model iMac Pro.

Mac mini ports
Mac mini, komputer ‘termurah’ dari Apple. Dilengkapi dengan Intel Core i3 dan storan SSD 128GB. Hanya berharga dari RM3,449. Aksesori seperti papan kekunci dan tetikus dijual berasingan. Murah sangatkan…

Jadi, disebabkan Apple meletakkan harga Mac mereka pada harga yang sangat mengarut, apa kata kita tinggalkan sahaja Mac. Sebaliknya…

Jom Hackintosh

Jika anda berasa kecewa dengan harga iMac yang merepek tetapi hanya dilengkapi dengan perkakasan yang prestasinya lemau, tidak mencapai apa yang dimahukan, adalah lebih baik anda membina sahaja sebuah Hackintosh.

Ini kerana, dengan Hackintosh anda boleh membina sebuah komputer yang menggunakan sistem macOS tetapi dengan perkakasan yang lebih berkuasa pada harga yang jauh lebih murah dari sebuah komputer Macintosh Apple.

Hackintosh Hafeez Hasmat
Hanya dengan bajet kurang dari RM10,000, anda boleh memiliki sebuah Hackintosh yang lebih berprestasi dari iMac Pro. Kredit imej: Hafeez Hasmat

Menurut Hafeez Hasmat, seorang pakar pembina Hackintosh menjelaskan, hanya dalam lingkungan bajet antara RM4,500 hingga RM9,000 sahaja, anda sudah boleh memiliki sebuah komputer dengan sistem macOS yang dapat menyaingi malah jauh lebih baik prestasinya berbanding iMac 21.5″, iMac 27″ Retina 5K mahupun iMac Pro.

Kelebihan Hackintosh

Selain harganya yang jauh lebih murah serta berprestasi tinggi, Hackintosh juga memberikan pengguna lebih fleksibiliti untuk mereka menaik taraf perkakasannya.

Tidak sepertimana iMac yang telah tetap spesifikasi perkakasannya. Perkakasan seperti storan, RAM, cip pemprosesan CPU mahupun GPU yang terdapat di dalam komputer Apple adalah amat sukar untuk dinaik taraf.

Malah ada perkakasan yang tidak boleh diusik langsung. Tetapi dengan Hackintosh, anda boleh menaik taraf perkakasannya pada bila-bila masa, mudah dan murah.

Kesimpulan

Ada yang mengatakan bahawa membeli iMac lebih menguntungkan kerana dapat sekali dengan skrin retina yang terbaik.

Yup, betul tu, skrin Retina 4K (21.5″) dan 5K (27″) iMac adalah yang terbaik jika dibandingkan dengan skrin monitor komputer jenama lain.

Tetapi jika dilihatkan pada prestasi iMac serta harganya yang amat mahal, ia adalah amat mengecewakan. Tidak berbaloi.

Walaupun ada yang mengatakan bahawa penulis tidak setia dengan Apple Mac… “der, ada ku kesah”.

 

P/s: Suka dinasihatkan, Hackintosh bukan untuk suka-suka. Sebaliknya adalah bagi mereka yang benar-benar mahukan sebuah komputer yang menggunakan sistem macOS dengan perkakasan berprestasi tinggi bagi melaksanakan aplikasi-aplikasi profesional seperti aplikasi penyuntingan video, audio, kesan khas dan grafik yang kompleks.

Juga ucapan terima kasih kepada Hafeez Hasmat yang turut membantu dalam penerbitan artikel ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here