Apple Watch Series 5

Cip yang digunakan adalah sama sepertimana model terdahulu.

Jika anda perasan pada pelancaran Apple Watch Series 5 minggu lalu, Apple kurang memfokuskan pada spesifikasi jam pintar terbaru mereka itu.

Mereka memang ada menyatakan serba sedikit tentang spesifikasi Apple Watch terbaru ini seperti penggunaan Skrin Retina baru – Low Temperature Polysilicon Oxide display (LTPO).

Tetapi Apple dilihat lebih banyak memfokuskan kepada ciri dan fungsi baru yang dimuatkan pada peranti tersebut.

Jadi kenapa?

Pendedahan oleh salah seorang pengguna Twitter mendedahkan sebabnya mengapa Apple yang kebiasannya menguar-uarkan kuasa spesifikasi perkakasan peranti mereka, tidak berlaku pada Apple Watch Series 5.

Ini kerana CPU dan GPU yang digunakan di dalam Apple Watch Series 5 didapati masih menggunakan cip yang sama dengan model Apple Watch Series 4.

Untuk pengetahuan anda, model Apple Watch Series 4 sudah ditamatkan pengeluarannya dan model ini sebelum ini dibandingkan dengan model Apple Watch Series 3 dengan menyatakan cip pemprosesan S4 di Apple Watch Series 4 adalah 2 kali lebih pantas dari cip S3 Apple Watch Series 3.

Apple Watch Series 5 yang dilabel menggunakan cip S5 sepantas 2 kali ganda juga masih dibandingkan dengan model Apple Watch Series 3.

Jadi, cip S5 yang dinyatakan Apple itu mungkin hanya lebih kepada penjenamaan sahaja.

Maka jika anda membeli model Apple Watch Series 4 pun, anda tidak perlu risaukan prestasi jam pintar tersebut kerana prestasinya masih sama dengan Apple Watch Series 5.

Apple masih belum mendedahkan harga rasmi Apple Watch Series 5 untuk pasaran Malaysia dan bilakah ia akan mula ditawarkan kepada pengguna.

Tetapi mereka sudah menurunkan harga model terdahulu Apple Watch Series 3 yang kini berharga dari RM849.00.

Manakala bagi model Apple Watch Series 4 pula berharga dari RM 1,539.00.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here