iOS 11.1 akan turut sama mengandungi ratusan emoji-emoji baru lain untuk peranti iPhone dan iPad.

Apple Inc. hari ini mengeluarkan kenyataan media berkenaan dengan iOS 11.1 yang akan datang. Menurut Apple, iOS 11.1 akan mengandungi beratus-ratus emoji baru antaranya termasuklah lebih pelbagai emotif smiley, watak-watak gender, pilihan pakaian, jenis makanan, haiwan, makhluk-makhluk mitos dan banyak lagi.

Emoji-emoji baru ini direka khusus bagi mendedahkan setiap perincian dan diadaptasi daripada watak-watak yang diluluskan dalam Unikod 10. Watak-watak yang diumumkan pada Hari Emoji Sedunia seperti wanita dengan tudung, orang berjambang,  ibu menyusu, Zombie dan barang-barang makanan yang baru seperti sandwic dan kelapa turut akan terkandung dalam iOS 11.1 nanti.

Apple meraikan hari Emoji Sedunia
Antara rekaan terbaru emoji yang akan berada di macOS, watchOS dan iOS nanti.

Juga akan disertakan dalam kemaskini itu nanti adalah bahasa isyarat tangan “I love you” yang biasa digunakan di Amerika. Emoji-emoji baru ini akan membuat kemunculan pada minggu hadapan untuk para pembangun aplikasi dan pengguna versi beta iOS 11.1. Kandungan terbaru ini juga akan terdapat di kemaskini perisian yang akan datang untuk pengguna iOS, macOS dan watchOS.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here