15-inch MacBook Pro Battery Recall Program

Susulan Agensi Keselamatan Penerbangan Kesatuan Eropah menghalang model Macbook Pro yang terjejas daripada dibawa ke dalam pesawat awal bulan ini.

Bloomberg hari ini melaporkan, pihak Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) A.S telah bertindak menghalang sebahagian model Macbook Pro yang terjejas dengan isu bateri yang didapati mudah menjadi panas sehingga menyebabkan kebakaran daripada dibawa masuk ke dalam pesawat.

Pihak FAA dilaporkan menyedari terhadap isu bateri tersebut pada sebahagian model Macbook Pro keluaran Apple dan telah memaklumkan kepada semua syarikat penerbangan utama Amerika.

Tindakan FAA ini diambil tidak lama selepas pihak Agensi Keselamatan Penerbangan Kesatuan Eropah (EASA) mengisukan amaran terhadap model MBP tersebut kepada syarikat-syarikat penerbangan Eropah.

Dalam bulan Jun lalu, Apple telah memanggil semula Macbook Pro secara khusus terhadap model Macbook Pro 15″ yang dijual antara September 2015 dan Februari 2017.

Menurut data daripada Suruhanjaya Keselamatan Produk Pengguna A.S (CPSC), lebih kurang 432,000 model Macbook Pro tersebut telah terjual di A.S. Manakala sekitar 26,000 unit model MBP tersebut yang terkesan dengan isu ini telah terjual di Kanada.

Pihak CPSC menyatakan secara jelas bahawa model Macbook Pro bersaiz 15.4″, cip pemprosesan 2.2-2.5 GHz, storan berkapasiti dari 256GB hingga 1TB , 2x sambungan Thunderbolt 2, 2x sambungan USB-3 dan 1x sambungan HDMI telah terjejas dengan isu bateri yang mudah terbakar.

Walaubagaimanapun, sekiranya bateri Macbook Pro tersebut telah digantikan dengan bateri yang baru oleh pihak Apple (bukan pihak ketiga), penumpang akan dibenarkan membawa bersama MBP tersebut ke dalam penerbangan mereka.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here