FCPX Start

Aplikasi suntingan video profesional dari Apple, Final Cut Pro X (FCPX) dikhabarkan mungkin akan ditawarkan sebagai servis langganan.

Berdasarkan kepada laporan laman Patently Apple, kemas kini tanda dagang bagi FCPX di Eropah mencadangakan bahawa Apple akan menjadikan perisian suntingan itu ditawarkan dalam bentuk servis langganan (software as a service (SaaS).

Ketika ini, FCPX masih tertakluk di bawah pendaftaran tanda dagang antarabangsa 2016 dahulu yang menyatakan bahawa,

Computer software for creating, editing, processing, organizing, importing, exporting, and encoding video, movies, motion picture films, and multimedia content; computer software for creating, editing, processing, organizing, importing, exporting, and encoding audio, music, and sound content; computer software for creating and editing digital animation, graphics, and special effects; computer software for color correction of video and multimedia content; computer software for creating, processing, exporting, and encoding digital media.

Di bawah pendaftaran itu tidak dinyatakan sebarang terma servis langganan atau sewaan pada perisian tersebut.

Jika ia menjadi kenyataan, aplikasi FCPX yang ketika ini dijual pada harga RM1,299.90 di Apple Store berkemungkinan besar perlu dibayar secara bulanan atau tahunan oleh pengguna yang mahu menggunakannya nanti.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here