Firefox Send

Firefox Send membolehkan anda menghantar saiz fail sehingga 2.5GB

Pada 12 Mac lepas, Mozilla telah melancarkan sebuah servis perkongsian fail terbaru yang dipanggil Firefox Send.

Ia merupakan sebuah perkhidmatan pemindahan fail percuma yang membolehkan pengguna berkongsi fail-fail bersama individu lain dari mana-mana pelayar dengan selamat.

Bermakna anda bukan sahaja boleh menggunakan servis ini dari aplikasi Firefox sahaja, sebaliknya anda turut boleh menggunakan servis Firefox Send menerusi aplikasi pelayar yang lain seperti Chrome, Opera, Safari dan lain-lain (mungkin ada pelayar yang tidak menyokong servis Firefox Send).

Cara penggunaan

Untuk menggunakan servis ini, anda hanya perlu buka laman muka Firefox Send, dan anda terus boleh memuat naik fail yang hendak dipindah atau dikongsikan di dalam ruang Drag and drop files

Firefox Send UI

Selepas memasukkan fail yang hendak dimuat naik, anda boleh pula menetapkan tempoh masa atau jumlah ulangkali tertentu untuk fail-fail tersebut boleh dimuat turun.

Bagi tetapan jumlah ulangkali fail boleh dimuat turun adalah sebanyak 1, 2, 3, 4, 5, 20, 50 atau 100 kali muat turun.

Manakala tetapan masa untuk fail tersebut boleh dimuat turun pula adalah  5 minit, 1 jam, 1 hari atau sehingga 7 hari.

Malah anda juga boleh menetapkan kata laluan terhadap fail yang dimuat naik bagi meningkatkan lagi keselamatan fail tersebut.

Firefox Send UI 2

Setelah selesai memasukkan fail serta tetapan untuk fail tersebut, anda bolehlah klik pada butang Upload.

Seterusnya, selepas berjaya memuat naik fail-fail anda, satu kotak dialog akan timbul beserta dengan pautan yang boleh disalin untuk dikongsikan dengan orang lain.

Firefox Send upload

Selepas menyalin pautan untuk fail tersebut, anda bolehlah kongsikan pautan fail tersebut bersama orang lain menerusi e-mel, aplikasi sembang sosial dan lain-lain.

Individu yang menerima pautan fail yang dikongsikan anda itu pula, hanya perlu klik pada pautan tersebut dan ia secara automatik akan terus membawa ke laman muka Firefox Send beserta fail yang telah dimuat naik oleh anda tadi.

Firefox Send download
Jangan lupa kongsikan kata laluan untuk fail yang telah dimuat naik bersama individu yang menerima pautan fail tersebut sekiranya anda ada menetapkan kata laluan terhadap fail yang dimuat naik anda tadi.

Akhir sekali, selepas memasukkan kata laluan (jika ada), pengguna yang menerima pautan fail tersebut akan boleh memuat turun fail-fail yang telah dimuat naik tadi.

Firefox Send download done

Klik butang Download, selesai.

Kesimpulan

Dengan adanya Firefox Send ini, ia memberikan anda servis perkongsian fail alternatif kepada anda yang mungkin mahu mengkongsikan fail-fail bersaiz besar bersama orang lain.

Firefox Send membenarkan pengguna yang tidak berdaftar memuat naik fail bersaiz sehingga 1GB.

Tetapi jika anda berdaftar dengan Firefox Send  (pendaftaran akaun Firefox adalah percuma), anda akan boleh memuat naik fail bersaiz sehingga 2.5GB serta beberapa kelebihan lain.

Firefox Send daftar

Firefox Send boleh digunakan bersama pelbagai aplikasi pelayar sesawang di komputer mahupun peranti pintar (yang menyokong servis ini).

Mozilla juga menyatakan, aplikasi Firefox Send versi beta akan boleh dimuat turun tidak lama lagi dalam minggu ini untuk pengguna peranti pintar Android.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang privasi berkenaan servis Firefox Send ini, anda boleh dapatkannya di laman muka Send Privacy Notice.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here