Dikemaskini

Kenapa tidak perlukan Flash…

Adobe merupakan sebuah syarikat yang telah mencipta pelbagai perisian hebat seperti Illustrator(1987) untuk melukis, Photoshop (1990) untuk mengubah suai gambar dan Premiere (1991) untuk suntingan video. Selain itu, terdapat sebuah program dari Adobe yang turut popular suatu masa dulu yang dikenali sebagai Flash. Flash merupakan sebuah program komputer yang membolehkan pengguna melakukan perkara seperti bermain permainan atas talian, pengurusan seperti kewangan, antaramuka alat bantu mengajar dan pengiklanan.

Syarikat Apple Inc. dan Adobe System Incorporated telah lama bekerjasama dalam pembangunan perisian untuk macOS. Walaubagaimanapun Apple telah menghentikan kerjasama bagi pembangunan program Flash dalam produk mereka. Ini kerana Apple mendapati terdapat banyak kelemahan dalam program Flash yang akan melemahkan sistem operasi utama mereka iaitu macOS dan iOS.

Kelemahan utama Flash di dalam macOS.

Adobe tidak mengawal selia pembangunan program Flash secara serius untuk komputer Mac sejak Apple berhijrah menggunakan cip pemprosesan Intel pada tahun 2006 bagi komputer Mac (sebelum ini Apple menggunakan cip pemprosesan dari Motorola). Ini telah menyebabkan ramai pengguna Mac mendapati komputer mereka telah beroperasi secara teruk dengan menggunakan kuasa pemprosesan yang amat tinggi sehingga 100%, walaupun tanpa menggunakan perisian yang berat. Pengguna Mac telah menyalahkan Apple atas masalah tersebut tetapi ia sebenarnya disebabkan oleh program Flash yang terdapat di dalam macOS.

Disebabkan oleh teruknya Flash, Apple terpaksa membangunkan satu mekanisma bagi memisahkan plugin aplikasi pelayar web Safari di dalam Mac OS X Snow Leopard pada tahun 2009. Ini bagi mengatasi sekiranya aplikasi Safari tergendala (crash) ketika digunakan, ia tidak akan tertutup secara tiba-tiba (quit unexpectedly). Selain itu, program Flash juga merupakan antara penyebab kepada macOS mudah dicerobohi. Ini kerana terdapat kelemahan kritikal dari segi keselamatan di dalam program Flash tersebut Kelemahan tersebut telah menyebabkan ia dieksploitasi oleh penceroboh untuk memasuki sistem Mac. Ini terbukti apabila syarikat-syarikat keselamatan perisian komputer mengeluarkan amaran tentang kelemahan keselamatan pada pogram Flash. Oleh kerana itulah, Apple tidak lagi menyokong penggunaan Flash di dalam Mac.

Sekiranya anda masih rasa memerlukan Flash (masih terdapat laman web dan perkara-perkara lain yang masih menggunakan Flash), anda boleh memuat turunnya secara percuma di https://get.adobe.com/flashplayer/?fpchrome. Cuma pastikan anda sentiasa mengemaskini program Flash tersebut (boleh juga dikemaskini secara automatik). 🙂

3 COMMENTS

    • Terima kasih en. udin, web blog ini akan sentiasa ditambah baik, sokongan tuan amat dihargai, terima kasih.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here