G SHOCK Gundam

Peminat Gundam dan G-SHOCK pastinya tidak akan melepaskan koleksi jam tangan edisi khas ini.

Baru-baru ini, Casio telah mengumumkan bahawa mereka akan mengeluarkan jam tangan G-SHOCK edisi khas bertemakan robot gergasi popular dari Jepun, Gundam.

Ia adalah kolaborasi bersama sempena meraikan ulang tahun ke-40 Gundam pada tahun ini.

Untuk jam tangan G-SHOCK edisi khas Gundam ini, terdapat sebanyak 4 versi yang akan dikeluarkan berdasarkan 4 karektor robot Gundam iaitu RX-78-2 Gundam, Char’s Zaku II, RX-0 Unicorn Gundam dan RX-0 Unicorn Gundam 02 Banshee.

Setiap jam tangan tersebut akan di datangkan bersama sebuah kotak eksklusif yang menyerupai maskot robot Haro (kecuali model MS-065 Char Zaku versi II).

Jam tangan G-SHOCK edisi khas Gundam ini akan mula boleh dibeli menerusi laman Taobao pada pertengahan tahun ini. (Belum ada tarikh sebenar serta makluman untuk pasaran Malaysia).

Harga setiap versi jam tangan ini pula adalah berbeza di mana harga permulaannya bermula dari USD220 sehingga USD342.

Sedikit info ringkas tentang Gundam bagi mereka yang mungkin tidak tahu.

Siri Gundam bermula pada April 1979 yang pertama kali muncul menerusi siri animasi televisyen (Mobile Suit Gundam) dan kemudiannya berkembang dalam pelbagai bentuk media seperti manga, filem dan permainan video.

Malah Gundam juga sangat terkenal di seluruh dunia dikalangan para peminat model robot plastik Gundam yang dikenali sebagai “Gunpla”.

 

Sumber artikel: G-Central

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here