Kalau dulu namanya Slug.
Versi Final Cut Pro terdahulu seperti FCP7 sebelum kemunculan FCPX, pengguna boleh mencipta ruang antara klip di dalam Timeline Final Cut Pro dengan memuatkan klip kosong berwarna hitam yang dipanggil “Slug“.
Ia adalah bagi mencipta ruang kosong antara klip-klip video mahupun audio di dalam sepanjang ruang kerja Timeline FCP.
Tetapi, apabila Apple merevolusikan FCP kepada FCPX, anda akan dapati tiada lagi Slug dalam FCPX. Jadi, bagaimanakah untuk mencipta Slug seperti yang ada pada FCP versi terdahulu di dalam FCPX?
Gap
Dalam FCPX, Slug telah digantikan kepada nama baru iaitu Gap. Ia adalah sama sahaja fungsinya seperti Slug cuma ditukarkan sahaja namanya kepada Gap.
Masukkan Gap ke dalam Magnetic Timeline
Cara untuk memasukkan Gap ke dalam Magnetic Timeline FCPX adalah seperti berikut:-
- Tetapkan dulu perletakan jarum Magnetic Timeline pada saat yang anda mahukan.
2. Untuk memasukkan Gap pada saat tersebut, anda klik pada Edit di menu bar, kemudian pilih Insert Generator dan di sini pilih Gap.
3. Kemudian anda akan dapati Gap telah dimuatkan pada saat tersebut secara automatik di dalam ruang primary storyline Magnetic Timeline FCPX.
4. Bagi menampakkan dengan lebih jelas cara memasukkan dan fungsi Gap ini, anda bolehlah mencubanya sendiri di Final Cut Pro X.
Bersambung…

















