Chrome untuk Mac dengan Intel atau Mac dengan Apple M1

Google awal hari ini mula menawarkan versi khas aplikasi pelayar Chrome khusus untuk model komputer Macintosh yang dikuasakan oleh cip pemprosesan terbaru Apple M1.

Kini apabila pengguna Mac ingin memuat turun pelayar Chrome bagi sistem macOS, satu kotak dialog akan dipaparkan bagi pengguna Mac memilih versi Chrome yang hendak dipasang ke dalam komputer Mac mereka.

Pengguna Mac kini perlu memilih sama ada pelayar Chrome yang hendak digunakan adalah untuk Mac dengan cip Intel atau Mac dengan cip Apple.

Pemilihan versi Chrome untuk pengguna Mac ini adalah bermula dari Google Chrome 87 untuk macOS 10.10 atau terbaru.

Jadi jika anda sudah memiliki model Mac terbaru yang dilengkapi dengan cip Apple M1 (MacBook Air, MacBook Pro 13″ dan Mac mini), bolehlah sahaja terus ke laman rasmi Google Chrome bagi memuat turun versi pelayar terbaru itu untuk Mac anda.

Versi Chrome untuk model Mac yang dikuasakan oleh cip Apple M1 mungkin dioptimasikan khusus untuk cip Apple tersebut.

Menerusi Chrome 87, Google mendakwa pelayar Chrome kini 25% lebih pantas, penggunaan RAM dan kuasa pemprosesan yang lebih rendah dan mampu meningkatkan penjimatan bateri sehingga 1.25 jam.

P/S: Pelayar Firefox juga dikhabarkan akan mula menawarkan versi khusus untuk Mac dengan Apple M1 tidak lama lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here