Mac Pro

Pepijat kemas kini Chrome didapati merosakkan sistem macOS.

Sebelum ini telah dilaporkan sebahagian besar firma pembikin filem dan tv di Hollywood berdepan dengan isu komputer mereka iaitu Mac Pro tong sampah tidak boleh ‘reboot.

Pada awalnya penggodam disyaki sebagai pihak yang bertanggungjawab terhadap masalah tersebut.

Walaubagaimanapun, tidak lama selepas isu tersebut dilaporkan, pihak Google telah memaklumkan bahawa isu yang berlaku pada Mac Pro tersebut adalah berpunca daripada kesilapan mereka.

Secara khususnya, pepijat yang terkandung di dalam kemas kini aplikasi pelayar Google Chrome baru-baru ini didapati bertanggungjawab terhadap masalah yang berlaku pada Mac Pro.

Pepijat tersebut didakwa telah merosakkan sistem macOS, hanya jika pengguna mematikan ciri System Integrity Protection (SIP) macOS mereka atau masih kekal menggunakan versi macOS terdahulu yang tidak menyokong ciri SIP.

We recently discovered that a Chrome update may have shipped with a bug that damages the file system on macOS machines with System Integrity Protection (SIP) disabled, including machines that do not support SIP. We’ve paused the release while we finalize a new update that addresses the problem. If you have not taken steps to disable System Integrity Protection and your computer is on OS X 10.11 or later, this issue cannot affect you.” Google.

Susulan itu, pihak Google memberikan langkah penyelesaian bagi pengguna yang terjejas dengan masalah ini.

Penyelesaian

Bagi pengguna yang berdepan isu ini, anda perlu masuk ke Recovery Mode macOS terlebih dulu iaitu dengan menekan butang kekunci Command + R sehinggalah Mac masuk ke Recovery Mode. 

Selepas masuk ke dalam Recovery Mode macOS, pilih menu Utilities dan buka aplikasi Terminal.

macOS recovery Utilities
Restart atau hidupkan Mac dan segera menekan butang kekunci Coomand+R bagi masuk ke Recovery Mode Mac.
chroot /Volumes/Macintosh\ HD   # "Macintosh HD" is the default
rm -rf /Library/Google/GoogleSoftwareUpdate/GoogleSoftwareUpdate.bundle
mv var var_back  # var may not exist, but this is fine
ln -sh private/var var
chflags -h restricted /var
chflags -h hidden /var
xattr -sw com.apple.rootless "" /var

 

Arahan tersebut akan membuang versi kemas kini Google yang terjejas dan memperbetulkan semula fail sistem macOS yang dirosakkan oleh pepijat kemas kini pelayar Google Chrome sebelum ini.

SIP

Berkenaan dengan System Integrity Protection (SIP) pula, ia adalah ciri keselamatan macOS yang direka bagi menghalang perisian berpotensi yang berniat jahat daripada melakukan modifikasi terhadap fail dan folder yang ada di dalam sistem macOS.

Apple telah memuatkan ciri tersebut ke dalam setiap versi macOS terkini bagi menambahbaik ciri keselamatan sistem operasi Mac, bermula dari versi OS X 10.11 El Capitan pada 2015 dahulu.

Oleh itu, pengguna Mac tidak disyorkan bagi mematikan ciri SIP kerana Mac mereka akan lebih mudah terdedah kepada serangan perisian hasad.

Walaubagaimanapun, ada ketikanya pengguna mungkin terpaksa mematikan ciri keselamatan SIP ini. Tetapi, sekiranya anda mematikan ciri SIP, pastikan anda mengaktifkannya semula dengan segera.

Anda boleh menyemak sama ada SIP macOS anda diaktifkan ataupun tidak dari About This Mac > System Report > Software. Atau boleh juga diakses dari folder Applications > Utilities > System Information > Software.

SIP macOS
Masukkan arahan csrutil enable; reboot jika mahu mengaktifkan semula SIP di Terminal menerusi Recovery Mode Mac.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here