GoPro HERO7

Dikemaskini pada 4 Mac 2019.

GoPro mengumumkan 3 kamera aksi terbaru mereka, HERO7 Silver, HERO7 White dan HERO7 Black.

Pengeluar kamera aksi terkenal, GoPro telah perkenalkan 3 produk terbaru mereka iaitu kamera aksi HERO7 Silver, HERO7 White dan HERO7 Black.

Ketiga-tiga model kamera ini memiliki pelbagai ciri menarik dan terbaru untuk pelbagai tahap pengguna.

HERO7 Silver, HERO7 White

2 Buah kamera aksi ini mampu merakam video dan mengambil gambar berkualiti tinggi serta turut dilengkapi dengan pelbagai ciri menarik seperti kalis air, arahan suara serta sambungan Wi-Fi bagi membolehkannya disambungkan bersama peranti pintar.

Berikut adalah antara ciri-ciri utama yang ada pada model HERO7 Silver:-

GoPro HERO7 Silver
Kredit foto: GoPro
  • Mampu merakam video berkualiti 4K pada kadar 30fps dan mengambil gambar berkualiti 10MP.
  • Dilengkapi dengan ciri GPS bagi membolehkan anda mengesan kelajuan, jarak dan banyak lagi dengan kamera ini.
  • Kalis air pada ke dalaman 1O meter tanpa memerlukan sebarang aksesori penyelaman tambahan.
  • Antaramuka skrin LCD sentuh bersaiz 2″
  • Dilengkapi ciri penstabilan video elektronik terbina dalam
  • Ambil gambar dengan arahan suara
  • pemindahan data ke telefon secara automatik menerusi sambungan Wi-Fi dan Bluetooth
  • Bateri terbina dalam

Berikut pula adalah antara ciri-ciri utama yang ada pada model HERO7 White:-

GoPro HERO7 White
Kredit foto: GoPro
  • Merakam video berkualiti berdefinisi tinggi penuh (FHD) bersaiz 1440p pada kadar sehingga 60fps dan mengambil gambar berkualiti 10MP
  • Kalis air sehingga ke dalaman 10 meter tanpa memerlukan sebarang aksesori penyelaman tambahan.
  • Juga mempunyai ciri penstabilan video elektronik terbina dalam
  • Ambil gambar menggunakan arahan suara
  • pemindahan data ke telefon secara automatik menerusi sambungan Wi-Fi dan Bluetooth
  • Antaramuka skrin LCD sentuh bersaiz 2″
  • Bateri terbina dalam

Itu adalah antara ciri-ciri utama yang ada pada kedua-dua model HERO7 tersebut. Harga kamera aksi HERO7 White adalah USD199.99. GoPro HERO7 Silver pula berharga USD299.99. Kamera aksi GoPro HERO7 Silver dan HERO7 White adalah kamera yang sesuai digunakan untuk pengguna amatur dan mahir.

HERO7 Black

Tetapi untuk pengguna profesional pula, kamera aksi HERO7 Black adalah yang terbaik untuk mereka. Ia dilengkapi dengan ciri penstabilan video yang dinamakan sebagai HyperSmooth yang mana ia merupakan ciri penstabilan video terbaik yang pernah ada pada sebuah kamera aksi.

Malah ia juga dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri menarik yang dibangunkan khusus untuk para pengguna profesional. Berikut adalah ciri-ciri menarik terbaru yang ada pada kamera ini:-

  • Ciri penstabilan kamera terbaru “HyperSmooth” yang beraksi seperti Gimbal.
  • Perkongsian video berdefinisi tinggi  secara automatik automatik apabila ciri penstriman secara langsung diaktifkan. Malah sambil itu juga anda boleh memindahkan data ke kad SD.
  • Ciri terbaru yang dikenali sebagai “TimeWarp
  • Kualiti rakaman audio dipertingkatkan.
  • Antaramuka skrin LCD sentuh bersaiz 2″
  • Mampu merakam video 4K berkualiti tinggi pada kadar sehingga 60fps serta mengambil gambar 12MP
  • Ciri Ultra Slo-Mo sehingga 8x perlahan yang membolehkan anda merakam video perlahan berdefinisi tinggi 1080p pada kadar sehingga 240fps
  • Kalis air sehingga ke dalaman 10 meter tanpa memerlukan sebarang aksesori penyelaman tambahan.
  • Ciri pengaktifan kamera dengan arahan suara
  • Ciri mengenali wajah, ekspresi dan jenis pemandangan terhadap gambar yang diambil
  • Bateri dan lensa kamera boleh tanggal

GoPro HERO7 Black berharga USD399.99. Buat masa ini ketiga-tiga model terbaru kamera aksi ini belum lagi berada dipasaran. Tetapi anda sudah boleh menempahnya di laman web rasmi GoPro.

hero 7 black limited edition
GoPro Hero 7 Black kini turut menawarkan edisi terhad berwarna putih. Kredit foto: GoPro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here