HackerOne

6 Penggodam ini telah memperoleh pendapatan lebih daripada USD1 juta seorang menerusi HackerOne.

HackerOne, platfom yang menawarkan ganjaran kepada penggodam yang menemui kelemahan keselamatan di dalam sistem komputer telah mengumumkan bahawa 6 penggodam yang berdaftar dengan pihak mereka telah pun memperoleh pendapatan lebih daripada USD1 juta setiap seorang.

6 penggodam itu adalah Santiago Lopez (@try_to_hack) dari Argentina, Mark Litchfield (@mlitchfield) dari U.K, Nathaniel Wakelam (@nnwakelam) dari Australia, Frans Rosen (@fransrosen) dari Sweden, Ron Chan (@ngalog) dari Hong Kong dan Tommy DeVoss (@dawgyg) dari A.S.

Santiago Lopez
Santiago Lopez adalah penggodam pertama dari HackerOne yang berjaya memperoleh pendapatan sehingga USD1 juta pada Mac lalu. Beliau baru bermur 19 tahun. Setakat ini beliau telah menemui sejumlah 1676 kecacatan keselamatan yang diteumi pada pelbagai syarikat gergasi dunia termasuklah Twitter, Automattic dan Verizon.

HackerOne dalam laporan mereka yang bertajuk “The 2019 Hacker-Powered Security Report” memaklumkan, setiap 5 minit, penggodam mereka melaporkan penemuan kelemahan keselamatan komputer.

Setiap 60 saat pula, penggodam bekerjasama dengan organisasi menerusi platfom HackerOne.

Setakat ini, lebih daripada 450 ribu penggodam aka penyelidik keselamatan telah berdaftar dengan HackerOne. 90% daripadanya adalah berumur kurang dari 35 tahun.

Sehingga bulan Ogos 2019, HackerOne melaporkan telah membayar lebih daripada USD62 juta kepada para penggodam mereka yang berada di seluruh dunia sejak mula ditubuhkan pada 2012.

Bermula 1983

Program ganjaran penemuan pepijat dipercayai bermula dari tahun 1983 di mana firma pembangun sistem perisian  Hunter & Ready, Inc. telah memulakannya dengan menawarkan ganjaran kereta Volkswagen Beetle aka bug kepada sesiapa yang menemui pepijat pada sistem operasi VRTX yang dibangunkan mereka pada waktu itu.

Sehinggalah pada tahun 1995, pihak Netscape pula menawarkan program ganjaran pepijat untuk Netscape Navigator 2.0 Beta.

Untuk program ganjaran pepijat terbaru pula ia ditawarkan oleh Apple pada Ogos lalu di mana ganjaran yang ditawarkan adalah sehingga USD1 juta.

Ganjaran wang itu akan diberikan kepada sesiapa yang berjaya menemui kecacatan kritikal pada ciri keselamatan bagi sistem operasi yang dibangunkan mereka termasuklah iOS, macOS, watchOS dan lain-lain.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here