Harga jualan iPhone SE dan iPad Pro Malaysia confirm!

Apple Malaysia telah mengeluarkan senarai harga bagi iPhone SE dan iPad Pro 9.7″ yang baru saja dilancarkan pada 21 Mac 2016 lepas. Harga bagi iPhone SE bermula dari RM1949.00. Hanya terdapat 2 pilihan storan bagi iPhone SE iaitu 16gb dan 64gb sahaja. Anda boleh memilih 4 pilihan warna iPhone SE iaitu Silver, Gold, Space Gray dan Rose Gold.

Untuk ipad Pro 9.7″ pula, harga bermula daripada RM2699.00. Pilihan warna yang boleh dipilih adalah sama dengan pilihan warna pada iPhone SE.  iPad Pro terbaru ini ada 3 saiz storan yang boleh anda pilih bermula dari 32gb, 128gb dan 256gb. Bagi info lebih lanjut, anda boleh layari laman web apple.com.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here