CEO Apple katakan harga iPhone X adalah 'value price'
Kalau anda katakan iPhone X yang berharga dari USD999 itu mahal, CEO Apple Tim Cook pula katakan harga tersebut adalah ‘value price‘.

iPhone X yang dijual bermula pada harga USD999 sebenarnya tidak mahal, sebaliknya harga tersebut adalah nilai harga yang berpatutan (value price) dengan apa yang pengguna inginkan dan dapat daripada teknologi yang ada pada iPhone tersebut.

Itulah apa yang CEO Apple Tim Cook katakan di rancangan ABC’s Good Morning America apabila ditanya oleh penyampai rancangan tersebut, Robin Roberts sama ada harga iPhone X itu berada di luar kemampuan purata rakyat Amerika untuk memilikinya.

Teknologi serta pakej yang terdapat pada iPhone tersebut mencerminkan apa yang dimahukan oleh pengguna maka untuk memilikinya, harga tersebut adalah yang perlu dibayar oleh pengguna yang menginginkannya.

CEO Apple katakan harga iPhone X adalah 'value price'
iPhone X menyokong pengecasan tanpa wayar dan pelbagai teknologi terbaru. Ia juga dikuasakan oleh cip pemprosesan yang sangat pantas.

“iPhone secara khusus telah menjadi sesuatu yang amat penting dalam keperluan kehidupan seharian kita, pengguna mahu melakukan pelbagai perkara dengan lebih banyak lagi menerusi peranti tersebut jadi kami membina teknologi yang lebih banyak supaya ia dapat berbuat demikian” kata Tim Cook.

Tambah beliau lagi “Apple tidak pernah menyatakan tentang menjual sesuatu dengan jumlah yang paling banyak. Bukan juga tentang mahu memperoleh hasil pulangan lumayan. Objektif kami adalah untuk menghasilkan produk yang dapat memperkayakan kehidupan manusia. Kami mahu membantu orang ramai.” ujar beliau.

EXCLUSIVE: Apple CEO Tim Cook discusses many topics with Robin Roberts, including the iPhone 8, the iPhone X, the new phone's price point, facial recognition security, challenging President Trump on his "Dreamer" decision and much more: https://yhoo.it/2fgZJL1

Posted by Good Morning America on 19hb September 2017

 

Selain daripada memperkatakan tentang harga iPhone X, Tim Cook juga turut menerangkan tentang isu keselamatan dan privasi ciri terbaru yang ada pada iPhone  tersebut iaitu teknologi pengecaman wajah (facial recognition), iOS 11, augmented reality (AR) dan biometrik.

Sumber artikel: ZDNet

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here