Harga terbaru Apple Watch

Apple turunkan harga Apple Watch, aksesori terbaru dan watchOS 2.2.

Jika sebelum ini harga Apple Watch bermula pada RM 1599, tetapi bermula hari ini harga Apple Watch bermula dari RM 1299. Ini satu berita baik kepada anda yang teringinkan jam tersebut.

Apple juga turut mengemaskini watchOS 2.2. Jika anda menggunakan Apple watch, bolehlah anda kemaskinikan watchOS sekarang. Untuk mengemaskininya, anda boleh memuat turun fail tersebut melalui aplikasi Apple Watch dari iPhone (ariffmac belum ada Apple Watch, jadi tak boleh nak tunjuk caranya).

Selain itu, Apple turut memperkenalkan aksesori terbaru bagi Apple Watch Bands. Bands terbaru Apple Watch menggunakan material Woven Nylon. Terdapat juga pilihan warna terbaru bagi bands tersebut. Anda boleh mula window shopping di Apple.com untuk memadankan Apple Watch dengan citarasa anda.

ariffbukhari

Ariff Bukhari mula menggunakan Apple iMac G3 pada 2001 sewaktu menjadi pereka grafik. Menamatkan pengajian Diploma Teknologi Maklumat pada 2001. Sambung pengajian di Universiti Malaysia Sabah pada 2005 - 2008 dalam bidang Seni Kreatif. 2009 mengaji Ijazah Sarjana (Master) bidang VFX Filem, selesai pada 2013.

One thought on “Harga terbaru Apple Watch

Leave a Reply

%d bloggers like this: