Huawei
Ia meletakkan pasaran Apple iPhone di tangga ketiga. 

Menurut laporan kajian terbaru yang dikeluarkan oleh firma IDC, Canalys, Counterpoint Research and IHS Markit, jualan telefon pintar Huawei kini telah melepasi pasaran telefon pintar iPhone dari Apple.

Laporan tersebut merujuk kepada pengedaran unit peranti tersebut bagi suku kedua tahun 2018. Ini meletakkan syarikat telefon dari China itu buat pertama kalinya melepasi Apple untuk berada di tangga kedua. Manakala Apple pula jatuh ke tangga ketiga.

Samsung Galaxy Note8
Samsung pula sehingga kini masih kekal di tangga pertama, menguasai pasaran telefon pintar di seluruh dunia.

Walaupun laporan terbaru rasmi oleh Apple menunjukkan keputusan yang memberansangkan hasil bagi suku ketiga 2018, peranti Apple iPhone hanya berjaya dipasarkan sebanyak 41.3 juta peranti sahaja.

Sebaliknya, menurut data awal dari pihak IDC, iPhone berada jauh ketinggalan dibelakang Huawei yang telah berjaya memasarkan telefon pintar mereka sebanyak 54.2 juta unit di seluruh dunia.

Telefon pintar Huawei juga kini semakin diminati peminat telefon terutamanya di benua Eropah dan Asia.

 

Sumber artikel: Fortune

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here