Koss headphones
Pengarah iklan ini turut menggunakan peralatan tambahan dan disunting menggunakan aplikasi Final Cut Pro X.

Sebelum ini, video pendek bertajuk “Somewhere” telah dirakam oleh pengarah filem Crazy Rich Asian dengan menggunakan telefon pintar terbaru Apple iaitu iPhone XS Max.

Kini seorang lagi pengarah profesional bernama Martin Moore turut menggunakan iPhone XS Max bagi merakam iklan terbaru syarikat pengeluar fon kepala jenama Koss.

Martin Moore ketika ini adalah seorang pengarah dan jurukamera profesional rasmi bagi syarikat fon kepala Koss. Menurut beliau, video iklan promosi bertajuk “Hearing is Believing” ini adalah bagi mempromosikan fon kepala tanpa wayar terbaru Koss BT540i.

Iklan tersebut yang dirakam beliau sepenuhnya menggunakan iPhone XS Max turut dibantu dengan penggunaan peralatan penggambaran Moza Mini-MI 3 Axis Gimbal.

Untuk proses akhir iaitu diperingkat pos produksi, beliau menggunakan aplikasi suntingan video Final Cut Pro X dengan menyunting video tersebut pada kadar bingkai 24fps dan membuat sedikit penggredan warna pada video tersebut.

Menurut beliau, penggredan warna yang dibuat adalah minima bagi mengekalkan sebanyak mungkin hasil akhir sepertimana video tersebut terhasil dari rakaman iPhone XS Max.

Cuma kesilapan yang beliau akui ketika merakam video iklan tersebut adalah beliau tidak mengaktifkan ciri AE-Lock (Auto Exposure). Beliau menyatakan ia adalah kesilapan yang beliau tidak akan ulangi lagi pada masa akan datang.

iPhone XS Max dilengkapi dengan kamera berkembar 12 megapiksel sudut lebar (ƒ/1.8 aperture) dan telefoto (ƒ/2.4 aperture). Antara ciri-ciri utama kamera iphone XS Max adalah kemampuan merakam video 4K, video gerak perlahan, time-lapse dengan penstabilan imej serta rakaman audio stereo.

Model terbaru iPhone XS, XS Max dan XR kini sudah didapati di pusat-pusat jualan sah Apple di seluruh Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here