Khabar angin semakin benar.

2 ikon yang merujuk kepada khabar angin model terbaru komputer riba Apple Macbook Pro 16″ ditemui di dalam fail macOS Catalina versi beta, 10.15.1.

Ia pertama kali didedahkan oleh laman blog dari Perancis, MacGeneration hari ini.

Macintosh HD > System > Library > CoreServices > CoreTypes.bundle > Contents > Library > MacHardwareTypes-2019f.bundle > Contents > Resources > com.apple.macbookpro-16-silver.icns

Daripada 2 ikon tersebut dapat dilihat jelas terdapat model MBP 16″ akan hadir dengan warna silver dan space gray serta¬†perbezaan pada rekaan bingkai skrin MBP tersebut yang lebih nipis dari model MBP 15″.

Perbandingan rekaan Macbook Pro 15″ dengan Macbook Pro 16″. Kredit: MacGeneration

Daripada perincian oleh MacGeneration juga turut menunjukkan terdapat sedikit perubahan pada rekaan ruang papan kekunci MBP tersebut yang belum jelas fungsinya.

Kredit: MacGeneration

Sebelum ini memang sudah terdapat khabar angin tentang Apple akan memperkenalkan model terbaru Macbook Pro bersaiz 16″ sepertimana yang dinyatakan oleh Kuo, penganalisis terkenal produk-produk Apple.

Penganalisis dari IHS Markit bernama Jeff Lin pula mendakwa MBP 16″ itu akan dilengkapi dengan paparan retina beresolusi 3072×1920 dan dikuasakan oleh cip pemprosesan Intel Gen-9 Coffe Lake terbaru yang dikonfigurasi sehingga 8 teras.

Sama sepertimana yang digunakan pada model MBP 15″ ketika ini.

Cuma sehingga kini masih belum diketahui bilakah Apple akan perkenalkan model terabru MBP tersebut. Adakah di dalam tahun ini juga atau awal tahun hadapan.

Sumber: MacRumors

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here