Penyiaran tv
Jepun juga turut mula menyiarkan kandungan 4K sepanjang masa di 2 saluran terbaru.

Pada 1 Disember lalu, Menteri Komunikasi Jepun Masatoshi Ishida berkata beliau amat berharap Jepun akan mendahului dalam penyiaran kandungan 4K dan 8K.

Jadi pada tarikh tersebut, bermula jam 10 pagi waktu tempatan, syarikat penyiaran awam Jepun, NHK telah menyiarkan kandungan 4K dan 8K di 2 saluranyang baru diwujudkan  mereka iaitu BS4K dan BS8K.

Presiden NHK, Ryoichi Ueda berkata, 2 saluran baru tersebut dipancarkan menerusi siaran satelit untuk tontonan domestik yang akan memberikan pengalaman baru kepada penonton.

Untuk saluran BS8K, NHK menyiarkan filem arahan Stanley Kubrick, 2001: A Space Odyssey yang dimbas dengan kualiti yang dipertingkatkan kepada resolusi paparan 8K ‘Super Hi-Vision’.

Ia kemudiannya disusuli dengan siaran hiburan beresolusi 8K bagi tempoh 12 jam. Ia juga  seterusnya disambung pula dengan siaran istimewa yang dipancarkan luar dari Jepun iaitu Rom, Itali.

NHK memiliki 3 unit trak penyiaran luar yang mampu memancarkan kandungan 8K. Unit siaran luar ini bertindak mengumpul kandungan siaran yang kebanyakkannya memfokuskan tempat-tempat tarikan utama pelancong di Eropah.

Walaupun ketika ini televisyen dengan paparan 8K adalah amat mahal harganya (sebagai contoh televisyen Samsung’s QLED-Q900R 85” 8K yang dijual dipasaran berharga lebih kurang £7,000 atau lebih kurang bersamaan RM36858.99), NHK tetap berhasrat untuk mempamerkan peralatan dan video di sekitar Jepun termasuk pusat beli-belah awam dan kedai-kedai runcit milik mereka.

Jadi, Malaysia dengan dasar pandang ke timur, bila pula akan mengikut jejak langkah Jepun dalam bidang penyiaran ini?

 

Sumber artikel: Advanced Television

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here