Rekaan gunting papan kekunci Macbook Pro 16″ menyelesaikan isu yang dihadapi oleh reka bentuk “butterfly” sebelum ini.

Seperti biasa, laman popular iFixit akan menyelongkar setiap model terbaru produk keluaran Apple.

Jadi sudah tentunya Macbook Pro 16″ yang baru diumumkan Apple tidak terlepas dari dibuka oleh pihak iFixit.

Cuma untuk model ini, yang menjadi perhatian utama oleh para peminat komputer riba Apple adalah terhadap rekaan gunting papan kekunci terbaru “Magic Keyboard” yang digunakan pada MBP tersebut.

Your long butterfly keyboard nightmare is over.” iFixit.

Selamat tinggal “Butterfly

Daripada apa yang didedahkan oleh iFixit, Macbook Pro 16″ tidak lagi membawa legasi reka bentuk papan kekunci “butterfly” yang bermasalah kepada penggunanya.

Ini kerana Apple telah kembali menggunakan rekaan gunting sepertimana yang digunakan pada Apple Magic Keyboard.

Apple Magic Keyboard

Selepas 4 tahun Apple dikritik teruk oleh pengguna Macbook/Macbook Pro berikutan isu papan kekunci butterfly, peminat komputer riba Apple akhirnya boleh menarik nafas lega dan melupakan masalah tersebut.

Pengguna komputer riba Apple merana sejak kemunculan papan kekunci butterfly. Apple ada memberikan cara membersihkan papan kekunci kepada pengguna Macbook yang kononnya akan dapat menangani isu yang dihadapi mereka.

Persamaan dengan rekaan gunting yang dahulu

Menurut iFixit, rekaan Magic keyboard MBP16 amat hampir menyamai rekaan gunting papan kekunci terdahulu. Malah keycap papan kekunci MBP 16 boleh digantikan dengan keycap kekunci Magic Keyboard.

The new Magic Keyboard in the 16-inch MacBook Pro has an almost identical look and feel to much older Apple devices—so close, in fact, that you can swap in old Magic Keyboard keycaps.” iFixit.

Rupa dalaman Magic Keyboard MBP 16.

Perbezaan rekaan gunting dengan butterfly

Perbezaan paling ketara papan kekunci MBP 16 dengan model-model Macbook Retina dan MBP 13″ dan 15″ dari keluaran 2016 hingga pertengahan 2019 adalah ia 0.5mm lebih tinggi dan keycapnya pula 0.2mm lebih tebal dari sebelum ini.

Tetapi ia masih rendah jika dibandingkan dengan ketinggian papan kekunci MBP15″ 2015 dahulu.

Dari foto di atas, jelas dapat dilihat papan kekunci MBP 16 2019 (kanan) lebih rendah dari model MBP 15 2015 (kiri). Kredit: iFixit

iFixit memperincikan, klip yang menyambungkan keycap MBP 16 dengan rekaan gunting switch MBP itu juga kelihatan diperkuatkan lagi.

Sekaligus dapat mengelakkan ia daripada mudah patah jika anda mencabut keycap bagi membersih atau menukarnya.

Kesimpulan

Setakat ini, pelbagai pihak terawal yang dapat mencuba dan merasai sendiri pengalaman menggunakan Macbook Pro 16″ memberikan review yang sangat positif terhadap Magic Keyboard MBP 16.

These new keys, which are essentially the old keys, have deeper travel, softer sound, and a more robust design.” iFixit.

The Magic Keyboard’s scissor switches feel similar, but with a bit more travel, and all of the reliability and resilience of previous keyboard generations.Marco.

Kesimpulannya, secara asasnya rekaan papan kekunci Macbook Pro 16″ 2019 telah kembali menggunakan semula rekaan gunting yang digunakan pada Magic Keyboard Apple.

Isu yang dihadapi oleh rekaan papan kekunci butterfly dijangkakan tidak akan timbul lagi selepas ini.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here