Apple Store amsterdam
Kejadian dipercayai berpunca daripada bateri iPad.

Pada awal pagi tadi dilaporkan telah berlakunya satu insiden letupan di dalam Apple Store Amsterdam. Letupan tersebut berlaku apabila salah satu iPad yang dipamerkan di dalam premis tersebut meletup dan dipercayai ia berpunca daripada bateri iPad tersebut.

Kejadian yang berlaku pada tengahari waktu tempatan di Apple Store Leidseplein, Amsterdam hari ini dilaporkan telah menyebabkan 3 orang mengalami kesukaran bernafas akibat asap beracun yang terhasil daripada letupan bateri tersebut.

Menurut iCulture, 3 orang tersebut adalah pekerja yang berada di dalam Apple Store tersebut dan telah diberikan bantuan segera oleh paramedik.

Walaupun tiada sebaran kebakaran atau letupan susulan, pihak bomba berkata mereka terpaksa menutup premis tersebut kerana dikhuatiri asap kimia beracun masih berada di dalam premis tersebut.

Tindakan pantas pekerja Apple Store menutup iPad yang meletup dengan beg pasir juga telah berjaya mengelakkan berlakunya perkara yang lebih buruk berlaku.

Kejadian letupan oleh peranti Apple seperti iPad atau iPhone merupakan perkara yang amat jarang-jarang berlaku. Namun begitu, kebelakangan ini terdapat beberapa laporan dengan insiden yang hampir sama berlaku di beberapa Apple Store di Switzerland dan Sepanyol pada awal tahun ini.

 

Sumber artikel: 9to5Mac

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here