Bolehkah aplikasi pelayar web Internet Explorer dimasukkan ke dalam Mac?

Internet Explorer merupakan sebuah aplikasi pelayar web popular yang khas dibangunkan oleh Microsoft untuk Windows sahaja. Jadi jawapannya, Internet Explorer (IE) tidak boleh dimasukkan ke dalam Mac. Melainkan anda menggunakan Boot Cam atau Parallel Desktop bagi memasukkan dan menggunakan sistem operasi Windows dalam Mac.

Tetapi anda boleh cuba menggunakan plug in yang ada di dalam aplikasi pelayar web Safari. Anda perlu mengaktifkan mod Develop terlebih dahulu untuk mengakses bahagian tersebut.

mod-develop-safari
Preferences+Advanced

Selepas itu anda akan dapati terdapat menu Develop di menu bar Safari.

IE-di-safari
Develope+User Agent

Kemudian pilih versi IE yang hendak diaktifkan. Kemudian cuba semula masuki laman web yang memerlukan fungsi atau ciri yang ada pada Internet Explorer. Harapnya ini dapat membantu. Jika masih tidak boleh juga, anda terpaksalah memasukkan sistem Windows ke dalam Mac.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here