macOS
Apple perkenalkan pelbagai ciri-ciri terbaru yang dibangunkan untuk sistem operasi utama mereka di WWDC 2018.

Sebentar tadi telah berlangsungnya acara istimewa Apple World Wide Developer Conference (WWDC) 2018. Dalam acara tersebut Apple telah perkenalkan pelbagai ciri-ciri terbaru yang dibangunkan dalam keseluruhan sistem operasi utama bagi peranti-peranti mereka iaitu iOS, watchOS, tvOS dan macOS.

iOS 12

iOS 12 memoji
iOS 12 Memoji.
  • iOS 12 boleh dimuat turun oleh semua peranti yang menyokong iOS 11 sebelum ini.
  • Menurut Apple, peranti seperti iPhone 6s akan menjadi 40% lebih pantas apabila sesebuah aplikasi dilancarkan, 50% lebih pantas bagi pengaktifan papan kekunci dan 70% lebih pantas pula bagi pengaktifan kamera dari skrin kunci.
  • Format fail terbaru yang dikenali sebagai USDZ bagi ciri realiti yang diperkukuhkan (augmented reality) yang dioptimumkan bagi tujuan perkongsian fail telah dibangunkan oleh Pixar yang bekerjasama bersama Adobe.
  • Penambahbaikan terhadap SIRI yang ditambah dengan beberapa ciri terbaru dengan kewujudan aplikasi terbaru, Shortcuts.
  • Aplikasi Apple News direkabentuk semula.
  • iCloud kini menyokong memo suara dan buat pertama kalinya turut hadir di peranti iPad.
  • iBooks kini dikenali sebagai Apple Books.
  • CarPlay iOS 12 kini turut menyokong aplikasi navigasi pihak ketiga seperti Google Maps, Waze dan lain-lain.
  • Animoji terbaru kini ditambah iaitu Ghost, Koala, Tiger dan T-Rex serta ditambah juga rekaan lidah bagi setiap karektor animoji.
  • Memoji adalah ciri terbaru yang membolehkan pengguna menghasilkan avatar mereka sendiri seperti haya rambut, warna kulit, aksesori kepala dan lain-lain.
  • ciri panggilan FaceTime dalam bentuk audio dan video kini menyokong panggilan berkumpulan yang membolehkan sehingga 32 orang boleh menyertai panggilan berkumpulan tersebut.
  • Ciri terbaru FaceTime ini berfungsi di peranti iphone, iPad dan Mac. Manakala audio pula berfungsi di peranti Apple Watch.

watchOS 5

watchOS 5

  • watchOS versi kelima mengkhususkan ketepan data berkaitan kesihatan dan kecergasan yang diperoleh dari peranti Apple Watch.
  • Kini terdapat ciri yang dikenali sebagai Competitions, Yoga, Hiking serta ciri perbualan walkie-talkie antara Apple Watch.
  • Pintasan antaramuka terbaru seperti Sports, Maps, Heart Rate dan Siri ditambah bagi Apple Watch.
  • Kini pengguna Apple Watch hanya perlu mengangkat pergelangan tang untuk bercakap kepada SIRI tanpa menyebut “Hey Siri”.

tvOS

Apple TV 4k

  • Apple TV 4K kini menyokong audio Dolby Atmos 3D.
  • Begitu juga kandungan di aplikasi iTunes kini turut menyokong Dolby Atmos.

macOS Mojave

macOS mOJAVE

  • Antaramuka macOS kini dilengkapi dengan ciri Dark Mode.
  • Ciri terbaru macOS Mojave yang dikenali sbagai Desktop Stacks membantu pengguna menyusun fail-fail dengan lebih mudah dan pantas.
  • View bagi setiap imej-imej di macOS ditambah baik dengan ciri Gallery View.
  • Quick Look kini membolehkan pengguna Mac menghasilkan atau mengubah maklumat di fail PDF, serta ciri Automator.
  • Ciri screenshots turut ditambahbaik di mana ia meminjam ciri yang sedia ada di iOS.
  •  Ciri terbaru Continuity Camera, Stocks, Voice Memos, Home dan Apple News hadir di Mac.
  • Fungsi butang like dan share dan comments di aplikasi Safari dibuang demi privasi data pengguna.
  • Mac App Store di desain semula dengan pelbagai ciri yang menjadikannya ia lebih menarik.
  • Kini aplikasi Microsoft Office 365 dan Adobe Lightroom CC turut hadir di Mac App Store.
  • Pembangunan aplikasi iOS bakal hadir di Mac bagi para pembangun aplikasi pada 2019 nanti.

Acara tersebut telah tamat pada 3.15 pagi tadi. Kesemua versi beta terbaru bagi iOS, watchOS, tvOS dan macOS sudah boleh dimuat turun oleh para pembangun aplikasi yang berdaftar dengan Apple.

Bagi anda yang terlepas menonton secara langsung dan ingin mengetahui kesemua perkara yang diperkatakan Apple dalam WWDC 2018 ini , anda boleh menontonnya semula di laman web rasmi Apple.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here