Senarai penuh serta pautan muat turun bagi kemaskini iOS 11.2

iPhone 11 turut terjejas dengan isu ini.

Sebahagian pengguna iPhone dan iPad yang telah mengemas kini peranti mereka kepada versi iOS dan iPadOS 13.2 mendakwa peranti mereka kerap tergendala.

Khususnya terhadap aplikasi seperti Safari dan YouTube yang didapati kerap tergendala atau dibuka berulang kali.

Berikut adalah antara situasi yang dihadapi oleh pengguna peranti iOS dan iPadOS sepertimana yang dilaporkan oleh laman MacRumors:

“I was watching a video in YouTube on my iPhone 11 Pro. I pause the video to respond to a text message. I was in iMessage for less than one minute. When I returned to YouTube it reloaded the app and I lost the video I was watching. I noticed this a lot on my iPad Pro too. Apps and Safari tabs reloading a lot more frequently than they did in iOS 12. Very annoying.”

Para pengguna mendakwa isu ini ada kena mengena dengan pepijat yang menyebabkan pengurusan sistem dan perkakasan peranti iOS dan iPadOS gagal berfungsi dengan baik untuk melaksanakan pelbagai tugas serentak.

Sekaligus menyebabkan peranti mereka gagal berfungsi dengan lancar.

Isu ini tidak sahaja berlaku pada model iPhone terdahulu, tetapi turut berlaku pada model terbaru iPhone 11.

Setakat ini belum ada sebarang respon dari pihak Apple.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here