ipad 2019 gen 7

Isu utama iPad gen-7 ini adalah…

Untuk makluman anda, iPad generasi ke-7 (2019) yang diperkenalkan Apple pada September lalu telah pun mula ditawarkan di Malaysia sejak minggu lalu. Tidak lama selepas iPhone 11 ditawarkan di Malaysia.

Walaubagaimanapun, jika anda bercadang untuk membeli iPad terbaru ini. anda mungkin patut tangguhkan atau fikir kembali niat anda untuk membeli peranti tersebut atas beberapa sebab.

Satu sebab utama yang cukup untuk membatalkan niat anda membeli iPad 2019 ini adalah ia masih kekal menggunakan cip pemprosesan A10 Fusion yang sama sepertimana yang digunakan pada model iPad gen-6 yang diperkenalkan pada Mac 2018 dahulu.

Malah hampir kesemua spesifikasi perkakasan utamanya adalah sama sahaja dengan model iPad gen-6 2018.

Dari cip pemprosesan, kamera, storan, sambungan Lightning, Bluetooth dan keupayaan baterinya adalah sama sahaja dengan model terdahulu.

Cuma yang menjadi perbezaan ketara antara iPad 2018 dan iPad 2019 ini adalah saiz paparan retinanya di mana iPad 2018 bersaiz 9.7″. Manakala iPad 2019 kini bersaiz 10.2″.

Jadi, adakah iPad 2019 Gen-7 ini berbaloi dibeli pada harga dari RM1,449.00 (Wi-Fi, storan 32GB)?

Sedangkan model iPad 2018 pula kini sudah pun diturunkan harganya kepada RM1,319.00 (Wi-Fi, storan 32GB) dan RM1,719 (Wi-Fi, storan 64GB).

Malah iPad 2019 juga hanya menyokong peranti Apple Pencil gen-1 sahaja sama sepertimana model iPad 2018.

iPad gen-6 2018 turut menyokong sistem operasi iPadOS terbaru. Sama seperti yang digunakan pada model iPad gen-7 2019.

Jadi, pada pendapat anda yang manakah patut anda beli? iPad gen-6 2018 atau iPad gen-7 2019?

Berikut adalah perbandingan spesifikasi antara iPad 2018 dan iPad 2019

Saiz
iPad (2019)

250.6 x 174.1 x 7.5 mm (9.8 x 6.8 x 0.30 inches)

iPad (2018)

240 x 169.5 x 7.5 mm (9.45 x 6.67 x 0.30 inches)

Berat 483 grams (17 oz) 469 grams (16.8 oz)
Saiz Skrin 10.2 inches 9.7 inches
Skrin Resolusi 2,160 x 1,620 pixels (264 pixels per inch) 2,048 x 1,536 pixels (264 pixels per inch)
Sistem Operasi iOS 13 iOS 13
Storan 32GB, 128GB 32GB, 128GB
Slot Kad MicroSD  No No
Servis Tap-to-pay  No No
Prosessor Apple A10 Fusion Apple A10 Fusion
RAM 2GB (TBC) 2GB
Kamera Rear 8MP, front 1.2MP Rear 8MP, front 1.2MP
Video 1,080p at 30fps, 720p at 120fps 1,080p at 30fps, 720p at 120fps
Bluetooth  Bluetooth 4.2 Bluetooth 4.2
Sambungan Lightning Lightning
Pengimbas Jari Yes Yes
Kalis air No No
Bateri Up to 10 hours mixed use 8,827mAh
App Apple App Store Apple App Store
Warna Silver, gold, space gray Silver, gold, space gray
Harga dari RM1,449.00 dari RM1,319.00

Senang cerita, abaikan saja iPad gen-7 2019. Hahahaha.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here