Apple perkenalkan Apple Watch Series 3, Apple TV 4K, iPhone 8 dan iPhone X
Bagaimana anda patut menyebut iPhone terbaru Apple, iPhone X (ex) atau iPhone 10 (TEN)?.

iPhone X kini sudah mula dijual secara atas talian di laman web Apple dan akan mula berada di kedai-kedai Apple pada pada 3 November 2017 ini (tidak di Malaysia, tarikh rasmi iPhone X masuk Malaysia belum lagi diketahui).

Tetapi anda sudah boleh mula menabung untuk membeli iPhone X yang berharga dari RM5,149.00. Tujuan menulis tentang iPhone X ini adalah kerana rupa-rupanya masih ada yang belum tahu tentang kewujudan iPhone terbaru ini.

Baru-baru ini AriffMac menyebut perkara tentang iPhone X pada pelajar di dalam kelas, mengejutkan ada pelajar yang berkata”…Sir, iPhone 9 pun tak keluar lagi, dah pakai iPhone 10?”.

Mungkin ada yang terkeliru dengan panggilan sebenar bagi iPhone X ini. Memang Apple telah melangkau nombor iPhone iaitu dari iPhone 8 terus kepada iPhone X. Ini bermakna memang tiada iPhone 9.

iPhone X ini sebenarnya merujuk kepada iPhone 10. X adalah karektor bagi nombor Roman di mana X itu bersamaan dengan nombor 10. Malah X juga merujuk kepada sambutan ulang tahun kesepuluh iPhone yang telah diperkenalkan pada tahun 2007 yang lalu.

Jadi, sebutan sebenar bagi iPhone X ini sebenarnya bukanlah iPhone ‘ex’, sebaliknya panggilan rasminya adalah iPhone Ten (10).┬áIni dibuktikan ketika CEO Apple, Tim Cook perkenalkan iPhone terbaru tersebut pada September 2017 yang lalu.

Ketika perkenalkan iPhone X, Tim Cook menyebutnya sebagai iPhone ‘Ten’, bukan iPhone ‘ex’. Harapnya tiada lagi yang keliru memanggil nama iPhone X ini.

 

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here