Anda kini sudah boleh membeli iPhone SE

iPHone SE secara rasminya sudah berada di Malaysia. ariffmac dapati, laman web rasmi Apple Malaysia pada hari ini sudah mempunyai stok terbaru iPhone SE. Jika sebelum ini anda hanya boleh menempahnya sahaja (iPhone SE belum masuk pasaran Malaysia sebelum ni), tapi kini anda sudah boleh membelinya dan menerima iPhone SE anda dalam tempoh 2 hingga 4 hari waktu bekerja.

tempahan iPhone SE
Penghantaran adalah percuma.

iPhone SE telah diperkenalkan oleh Apple Inc. pada 21 Mac 2016 yang lalu. Ia menggunakan teknologi yang sama dengan iPhone 6s, cuma skrinnya bersaiz 4″ dan tiada fungsi 3D Touch (saiz skrin sama dengan  iPhone 5). Terdapat 4 pilihan warna yang boleh anda pilih dan hanya 2 pilihan storan bagi iPhone SE ini (16GB atau 64GB sahaja).

Buat masa ini, hanya melalui laman web rasmi Apple Malaysia sahaja yang boleh anda beli iPhone SE tersebut. Bagi anda yang ingin membeli dari kedai-kedai penjual rasmi iPhone SE pula, anda hanya boleh membelinya bermula 13 atau 14 May 2016 nanti (berdasarkan daripada info yang ariffmac dapat). Harga iPhone SE di Malaysia bermula pada RM1949.00 Anda bolehlah layari apple.com bagi mendapatkan spesifikasi penuh bagi iPhone SE dan membelinya sekarang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here