Its show time

Acara istimewa Apple akan berlangsung pada 26 Mac ini.

Apple pada awal pagi ini telah mengumumkan secara rasmi acara istimewa mereka yang akan berlangsung pada 25 Mac 2019 (26 Mac waktu Malaysia).

Pada acara yang diberi nama “It’s show time” ini, Apple dijangka akan lebih memfokuskan servis-servis terbaru yang akan ditawarkan khususnya servis penstriman TV dan kandungan-kandungan baru yang akan dilancarkan Apple nanti. 

Apple_TV_1st gen
Peranti Apple TV pertama kali diperkenalkan oleh mendiang Steve Jobs pada September 2006. Tema nama yang sama telah digunakan pada acara istimewa Apple yang telah berlangsung pada 2006 dahulu.

Apple memang telah diketahui umum bahawa mereka sedang giat membangunkan kandungan-kandungan asli untuk servis penstriman mereka.

Sebelum ini Apple telah pun dikhabarkan akan menghasilkan semula siri drama fiksyen Amazing Storesmelancarkan siri baru Battlestar Galactica dan Star Trek: Deep Space Nine.

Walaupun Apple dijangka tidak akan perkenalkan model-model terbaru produk mereka, tetapi mungkin akan muncul beberapa aksesori terbaru.

Acara ini akan berlangsung di Dewan Teater Steve Jobs yang terletak berhampiran dengan Apple Park.

Anda boleh menonton secara langsung acara ini dari peranti Apple TV, iPod, iPhone, iPad dan Mac menerusi aplikasi Safari.

Versi terbaru aplikasi pelayar web pihak ketiga seperti Google Chrome, Firefox dan Microsoft Edge juga menyokong penstriman acara tersebut.

It’s show time” akan bermula pada 26 Mac jam 1.00 pagi dan tamat pada jam 3.00 pagi (waktu Malaysia).

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here