Antaramuka iTunes 12.4 lebih mesra pengguna.

Apple telah melakukan perubahan positif terhadap antaramuka iTunes terbaru. iTunes 12.4 mengembalikan semula Sidebar yang tiada dalam iTunes sebelum ini. Sidebar dapat memudahkan pengguna menggunakan iTunes dengan lebih baik.

itunes antaramuka
Sidebar kembali.

Selain itu, untuk mengakses akaun iTunes, anda perlu pilih tab Account di Menu bar iTunes. Tiada lagi ikon akaun di iTunes Bar.

Selain perubahan pada antaramuka iTunes, Apple juga turut menambahbaik keselamatan iTunes. Ini kerana terdapat laporan sebelum di mana pengguna kehilangan lagu-lagu yang disimpan di iTunes. Walaupun kes tersebut tidak melibatkan ramai pengguna, Apple masih melakukan siasatan dan sedang mengenalpasti permasalahan tersebut. Anda boleh mendapat info lebih lanjut tentang isu keselamatan iTunes di sini.

itunes security

Anda boleh memuat turun fail kemaskini iTunes terbaru ini di sini ataupun melalui App Store (juga terdapat kemaskini untuk iTunes di Windows PC).

itunes 12.4 windows

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here