Apa yang dimaksudkan dengan Jailbreak peranti iOS

Dikemaskini pada 10 Mac 2019.

Perkara yang perlu anda tahu sebelum ‘jailbreak’!

Sekitar tahun 2007 hingga 2014, ‘jailbreak’ amat popular dikalangan pemilik iPhone dan iPad. Walaubagaimanapun, amalan ‘jailbreak’ sudah tidak lagi popular dikalangan pemilik iPhone.

Kini ‘jailbreak’ menjadi agak asing bagi pengguna baru yang memiliki iPhone atau iPad. ariffmac akan cuba terangkan ‘jailbreak’ ini secara ringkas dan mudah untuk anda fahami.

Apa itu ‘jailbreak’

Apa yang dimaksudkan dengan Jailbreak peranti iOS

‘jailbreak’ merupakan satu istilah yang digunakan bagi proses mengubah/membuang limitasi/sekatan yang dibuat oleh Apple terhadap sistem operasi iOS yang digunakan dalam peranti iPhone, iPad, Apple TV dan iPod Touch.

Bahasa mudahnya, Apple membangunkan iOS tetapi mengurungnya supaya iOS hanya mengikut arahannya sahaja.

Tetapi, penggodam komputer berjaya melepaskan iOS dari kurungan Apple dan mengembangkan potensinya dengan mengubah program di dalam iOS supaya ia mampu membuat apa yang dikehendaki oleh penggodam/pengguna peranti tersebut.

Pada tahun 2007, ‘jailbreak’ merupakan satu isu besar di peringkat antarabangsa, terutamanya di US. ‘jailbreak’ menjadi isu negara di US apabila ia mula diperkenalkan.

Pada peringkat awalnya, amalan ‘jailbreak’ merupakan satu kesalahan undang-undang di US. Walaubagaimanapun, bermula tahun 2010 kerajaan US telah membenarkan pemilik peranti Apple melakukan ‘jailbreak’ ke atas peranti mereka, sehinggalah kini.

Di Malaysia, tidak pula ariffmac pasti sama ada ‘jailbreak’ ini salah ataupun tidak di sisi undang-undang.

Peranti yang boleh di ‘jailbreak’

Apa yang dimaksudkan dengan Jailbreak peranti iOSBukan semua peranti Apple boleh di ‘jailbreak’. ‘jailbreak’ hanya boleh dilakukan ke atas peranti yang menggunakan sistem operasi iOS dan tvOS sahaja. Maknanya hanya iPhone, iPad, iPod Touch dan Apple TV sahaja yang boleh di ‘jailbreak’.

Selain daripada peranti tersebut, anda tidak boleh ‘jailbreak’. Maksudnya di sini, produk Apple seperti komputer Mac, iPod dan Apple Watch tidak menggunakan istilah ‘jailbreak’ ini (takde kena mengena langsung dengan ‘jailbreak’).

Kelebihan ‘jailbreak’

Terdapat banyak kelebihan apabila anda ‘jailbreak’ iOS anda. Antara sebab utama pemilik iPhone sukakan ‘jailbreak’ kerana mereka boleh memuat turun aplikasi yang berbayar secara percuma.

Kalau di iTunes aplikasi tu berbayar, dengan ‘jailbreak’ anda boleh je download aplikasi berbayar tu dengan percuma (bukan melalui iTunes). Malah anda boleh memasukkan aplikasi yang tidak ada dalam iTunes Store.

Anda boleh memasukkan aplikasi secara manual dengan menggunakan perisian pihak ketiga (third-party) ke dalam peranti anda. Anda juga boleh memuat turun aplikasi dari negara lain tanpa perlu mendaftar melalui iTunes yang perlu menggunakan Apple ID anda.

Apa yang dimaksudkan dengan Jailbreak peranti iOS

Selain itu, kebanyakan mereka yang melakukan ‘jailbreak’ ke atas iPhone mereka kerana mereka ingin membuat penetapan (setting) sendiri ke atas iPhone tersebut. ‘jailbreak’ membolehkan anda melakukan penetapan yang pelbagai ke atas peranti anda.

Seperti mengubah desain antaramuka iOS, ikon dan banyak lagi. Jadi takde lah boring sangat antaramuka iPhone tu. Untuk pengetahuan anda, kebanyakan ciri-ciri yang terdapat pada iOS kini banyak mengambil ilham daripada ‘jailbreak’.

Antaranya adalah notifications, hotspot internet, control centre dan banyak lagi.

Patutkah anda ‘jailbreak’?

Jadi, macam best je ‘jailbreak’ ni kan. Tapi ini nasihat ariffmac, sebaiknya kalau boleh sila elakkan daripada ‘jailbreak’. Ini kerana terdapat beberapa isu utama yang perlu diberi perhatian.

1. Keselamatan

Sekiranya anda ‘jailbreak’, peranti yang anda gunakan amat terdedah kepada serangan penggodam. Ciri-ciri keselamatan yang Apple teruk-teruk buat untuk sistem operasi tu dah takde gunanya.

Jadi mudahlah penggodam masuk ke dalam sistem operasi peranti ‘jailbreak’. Sebab, anda sudah mengubah program sistem operasi yang Apple bangunkan khas untuk peranti tersebut dengan memasukkan program daripada penggodam itu sendiri.

2. Bila nak update…

Apabila ada kemaskini terbaru dari Apple untuk iOS/tvOS, anda akan hadapi masalah. Peranti ‘jailbreak’ tidak boleh di update perisian sistem operasinya.

Contohnya, sekiranya iPhone yang anda gunakan sekarang adalah iOS 8, anda tidak boleh meng update kan iOS iPhone tersebut terus ke iOS 9. Jangan anda terus update iPhone tu. Kalau anda berbuat demikian, peranti anda akan dikunci oleh sistem iOS.

Jadi untuk membuka semula iPhone tu, iPhone akan reset keseluruhan sistem iOS seperti asal. Maksudnya, segala data permainan, setting, nota, nombor telefon dan segala benda yang ada dalam iPhone anda akan dipadam.

Hilang terus (kecuali anda ada buat back up di iCloud). Jadi cara-cara untuk update peranti ‘jailbreak’ adalah…

3. Jaminan (warranty) Apple terbatal

Peranti ‘jailbreak’ secara automatik telah melanggar sayrat-syarat jaminan yang ditetapkan oleh Apple. Sekiranya anda menghantar peranti tersebut ke penjual sah Apple untuk dibaiki, walau masih dalam jaminan Apple, jaminan untuk peranti tersebut terbatal.

Jadi, pastikan peranti tersebut sudah di ubah semula ke sistem operasi yang asal (buang ‘jailbreak’ tu) sebelum hantar peranti untuk dibaiki.

Ringkasnya, kalau anda rasa anda tak lah se popular/kaya macam Justin Bieber, mahir dalam selok belok ‘jailbreak’, tahu nak update peranti ‘jailbreak’ dan warranty Apple pun dah tamat, bolehlah anda ‘jailbreak’ kan peranti Apple anda. Segala risiko adalah tanggungan sendiri. :mrgreen:

Pedulilah…

Apa yang dimaksudkan dengan Jailbreak peranti iOS

Okay, nak jugak ‘jailbreak’ ye. Pastikan dulu peranti iOS dan tvOS anda menggunakan versi apa. Ini kerana bukan semua versi iOS dan tvOS boleh di ‘jailbreak’.

Buat masa ini, peranti Apple yang menggunakan versi iOS 3.0 (harap dah takde yang pakai) hingga iOS 9.1 sahaja yang boleh di ‘jailbreak’. Kepada anda yang sudah kemaskini versi iOS kepada iOS 9.2 dan ke atas, peranti anda buat masa ini belum lagi boleh di ‘jailbreak’.

Manakala untuk Apple tvOS pula, hanya tvOS 9.0 dan 9.0.1 sahaja yang boleh di ‘jailbreak’. Kalau anda dah update tvOS kepada versi 9.1 dan 9.2, anda belum lagi boleh ‘jailbreak’ Apple TV anda. Anda juga dinasihatkan supaya berhati-hati dengan ‘jailbreak’ palsu.

Cara-cara ‘jailbreak’…

Apa yang dimaksudkan dengan Jailbreak peranti iOS

Hummmm…setelah berfikir berkali-kali, ariffmac mengambil keputusan untuk tidak berkongsi ilmu ‘jailbreak’ ni. Sebabnya ‘jailbreak’ akan menyusahkan anda (percayalah).

Ia akan menyebabkan peranti anda jadi kurang stabil dan terdedah kepada ancaman penggodam. Sekiranya anda tetap nak ‘jailbreak’, anda perlulah cari sendiri cara-cara ‘jailbreak’ tersebut.

Kalau rasa payah sangat, cari je orang/kawan yang pandai hal ‘jailbreak’ ni. Bayaran mungkin akan dikenakan antara RM100 ke RM 300 untuk buat ‘jailbreak’ di kedai telefon. Proses ‘jailbreak’ takde warranty, apa-apa yang berlaku anda tanggung sendiri.

5 COMMENTS

  1. macam mana nak tengok yang free app of the week tu? nak tengok dekat mana? tolong bagi penerangan sedikit encik arif🤗

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here