Amazfit BIP
Jam pintar alternatif kepada Apple Watch. 

Huami telah perkenalkan rekaan jam pintar yang hampir menyerupai Apple Watch. Ia dikenali sebagai Amazfit BIP yang merupakan edisi jam pintar terbaru dari mereka.

Sebelum ini jam pintar Amazfit terdiri daripada 2 model yang berbeza iaitu Amazfit Arc dan Pace. Kelebihan utama Amazfit BIP berbanding 2 model tersebut adalah kemampuan baterinya yang mampu bertahan sehingga lebih daripada 30 hari dengan sekali cas.

Jam pintar ini juga dilengkapi denagn ciri GPS, 3-axis accelerometer, sensor kadar degupan jantung, barometer dan kompas. Malah ia juga mampu menerima notifikasi panggilan, mesej, e-mel, dan beberapa notifikasi dari aplikasi lain seperti Twitter, WhatsApp, Facebook dan banyak lagi.

Amazfit BIP UI
Antaramuka Amazfit BIP.

Selain dari memaparkan masa, ia juga turut memaparkan tarikh, cuaca, statistik aktiviti dan lain-lain.

Walaubagaimanapun, peranti jam pintar ini tidak mempunyai sebarang stor aplikasi yang membolehkan anda memasukkan aplikasi ke dalamnya. Jadi, jam pintar ini adalah khusus untuk aktiviti kecergasan dan notifikasi asas sahaja.

Amazfit BIP boleh disambungkan bersama peranti Android dan iOS melalui sambungan Bluetooth. Jam pintar ini tidak dijual secara rasmi di Malaysia lagi. Tetapi anda boleh membelinya melalui atas talian seperti Lazada dan 11th Street.

Harga jualannya pula adalah di antara RM230 hingga RM250 seunit. Info lanjut tentang Amazfit BIP ini boleh didapati di mana web Amazfit.

Huami merupakan syarikat rakan kongsi Xiaomi Inc untuk produk peranti boleh pakai, termasuk bagi peranti siri Mi band. Melalui aplikasi telefon pintar Mi Fit dan Amazfit, mereka berganding bahu dengan peranti pintar boleh pakai. Huami menyediakan pengguna dengan gambaran yang menyeluruh mengenai data biometrik penggunanya dan analisis aktiviti data yang berkaitan.

 

Sumber artikel: The Verge 

Kredit foto: AMAZFIT CENTRAL

2 COMMENTS

  1. As Salam
    Mcm mana nak check samada amazfit ni Malaysia waranty or not? Baru beli awal bulan lepas RM249, and seller bg tau msia set.

    • Pasal warranty boleh tanya terus ngan pusat jualan rasmi XIAOMI. Sekarang pun dah banyak dah buka kat seluruh Malaysia. Sebab setakat yang disemak, pembeli kena walk in ke pusat jualan XIAOMI untuk info warranty.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here