Kepada yang ketagih dengan peranti telefon pintar, sila ambil perhatian. Elakkan penggunaan telefon pintar yang terlalu lama.

Pada minggu ini, pihak Jabatan Kesihatan awam California (CDPH) telah mengeluarkan amaran terhadap bahaya radiasi telefon pintar.

Berikutan isu ini, pihak tersebut telah memberikan beberapa panduan untuk melindungi orang awam daripada radiasi peranti pintar mereka.

CDPH telah menasihatkan orang ramai untuk mengurangkan penggunaan peranti telefon pintar mereka dan mencadangkan supaya pengguna jika boleh menjarakkan peranti tersebut dari tubuh mereka.

Dr. Karen Smith
Dr. Karen Smith. Kredit foto:- O’Dwyer’s

“Walaupun sains telah berkembang, terdapat kebimbangan di kalangan beberapa profesional kesihatan awam dan orang ramai mengenai penggunaan jangka panjang serta pendedahan kepada tenaga tinggi yang dikeluarkan oleh telefon bimbit,” kata Pengarah CDPH, Dr. Karen Smith.

Amaran ini datang selepas penemuan dari satu dokumen jabatan tersebut yang telah diterbitkan pada tahun 2009 selepas perintah dari Mahkamah Atasan Sacramento.

Setahun yang lalu, Profesor Joel Moskowitz dari UC Berkeley telah memulakan tuntutan saman terhadap jabatan bertanggungjawab supaya mengeluarkan hasil penemuan dari kajian yang dibuat selepas dia mula meneliti sama ada penggunaan telefon mudah alih meningkatkan risiko tumor.

Draf dokumen tersebut telah dikeluarkan pada bulan Mac, tetapi draf akhir dokumen tersebut telah dikeluarkan dengan lebih luas.

Menurut dari laman web Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan (FCC), tiada terkandung piawaian kebangsaan yang dibangunkan untuk had keselamatan penggunaan peranti kepada pengguna.

Walau bagaimanapun, agensi tersebut telah meminta para pengeluar telefon bimbit  memastikan semua telefon yang dihasilkan mereka mematuhi “objektif had pendedahan yang selamat.”

Pihak CDPH juga mengesyorkan supaya anda tidak mengekalkan telefon pintar anda berada di dalam saku, tidak meletakkan pada telinga untuk suatu tempoh masa yang lama, kurangkan penggunaan peranti jika terdapat hanya dua bar atau kurang dan tidak tidur berhampiran dengan peranti pada waktu malam (asingkan peranti dari tempat tidur).

Malah anda mungkin tidak sedar bahawa jika anda berada dalam sebuah kereta yang bergerak pantas seperti bas atau kereta api, telefon anda akan mengeluarkan lebih banyak tenaga RF untuk mengekalkan sambungannya.

Sekaligus tanpa disedari, pendedahan terhadap radiasi dari peranti tersebut adalah lebih tinggi.

Organisasi-organisasi lain juga sebenarnya telah pun memberikan amaran mengenai bahaya pendedahan radiasi telefon bimbit sebelum ini.

Seperti yang dilakukan oleh  Jabatan Kesihatan Awam Connecticut yang telah mengeluarkan cadangan-cadangan yang serupa pada Mei 2015 dahulu.

Walau bagaimanapun, menurut Moskowitz kebanyakan negeri dan agensi-agensi kesihatan persekutuan tidak menyimpan kajian-kajian yang dilakukan ini. “Hasil dapatan dominan dari kajian ini menunjukkan bahawa radiasi telefon bimbit menimbulkan risiko yang utama kepada kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan.

 

Sumber artikel: Tech Crunch

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here