Jika ada, buang segera.

Penyelidik keselamatan siber bernama Sam Jidali telah mendedahkan penemuan beliau terhadap kebocoran dan kecurian data yang berlaku berpunca daripada ‘extension‘ yang dipasang oleh pengguna ke dalam aplikasi pelayar Chrome dan Firefox.

Dalam laporannya yang bertajuk ‘DataSpii: The catastrophic data leak via browser extensions, menyatakan bahawa berjuta data pengguna individu dan info privasi dari 45 buah syarikat telah terdedah akibat daripada penggunaan extension yang dipasang penggunanya ke dalam aplikasi pelayar Google Chrome dan Firefox.

Secara khususnya, mereka mengesan sebanyak 8 ‘extension’  yang disenaraikan di sini sebagai penyebabkan kebocoran data-data pengguna dari pelayar:-

8 ‘extension‘ ini didapati telah mengumpul dan menyebarkan data-data privasi pengguna ketika mereka sedang melayari internet menerusi pelayar Chrome dan Firefox.

Data-data privasi yang dibocorkan termasuklah nama pekerja, alamat, info kad kredit, kata laluan, nombor PIN, fail yang disimpan di  dalam storan awan, data kesihatan dan banyak lagi.

Susulan daripada penemuan itu, Jidali telah segera melaporkannya pada pihak pembangun pelayar Chrome dan Mozilla dan mereka telah segera bertindak dengan mematikan dan membuang 8 extension yang ditawarkan itu dari laman Firefox Add-ons dan Chrome Web Store.

Walaubagaimanapun, berdasarkan pemerhatian berterusan yang dilakukan, Jidali masih mendapati extension tersebut masih terus mengumpul dan menyebarkan data penggunanya.

Oleh itu, jika anda masih menggunakan extension tersebut, anda dinasihatkan supaya segera membuangnya dari pelayar Chrome atau Firefox. Ini kerana hanya itulah sahaja cara bagi menangani masalah kebocoran data-data anda dari pelayar tersebut.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here