my digital maker Fair 2019

Pelbagai aktiviti menarik disediakan kepada para pengunjung.

Jika anda berkelapangan pada minggu, apa kata membawa keluarga anda ke #mydigitalmaker Fair 2019 yang sedang berlangsung dari 14 hingga 14 Sept, di Pusat Dagangan & Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC).

#mydigitalmaker dianjurkan adalah sebagai tapak dan momentum daripada pelbagai pihak dan pemain utama untuk bersama-sama membantu membangunkan masa hadapan negara, khususnya anak-anak muda dari bangku sekolah.

Memasuki edisi ketiga, acara tahunan pendidikan digital perdana negara ini dianjurkan oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan pada cara 2 hari ini adalah seperti perlawanan permainan video FIFA19, kelas belajar pengkodan percuma, ceramah, pameran dari pelbagai firma pembangun perisian dan banyak lagi.

Pengunjung yang mahu memasuki pameran ini perlu membeli tiket berharga RM5 bagi pelajar atau pendidik dan RM10 bagi mereka yang berumur 18 tahun dan ke atas untuk 2 hari kunjungan.

Pameran bermula dari jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang.

Tiket boleh dibeli secara ats talian menerusi laman ticket2u.com.my atau di MITEC.

Info lanjut berkaitan pameran ini boleh didapati di laman My Digital Maker Fair.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here