G4 Cube pernah digunakan dalam produksi siri tv Star Trek: Enterprise.

Masih ingat dengan Power Mac G4 Cube? Komputer meja tercantik yang pernah Apple hasilkan.

Untuk pengetahuan anda, G4 Cube akan mencapai genap umur 20 tahun pada bulan Julai tahun ini. Power Mac G4 Cube secara rasminya telah diperkenalkan oleh CEO Apple, Steve Job pada 19 Julai 2000 di Macworld Expo, New York.

The G4 Cube is simply the coolest computer ever. An entirely new class of computer, it marries the Pentium-crushing performance of the Power Mac G4 with the miniaturization, silent operation and elegant desktop design of the iMac. It is an amazing engineering and design feat, and we’re thrilled to finally unveil it to our customers.Steve Job.

Power Mac G4 Cube siap dipasang dengan sistem operasi Mac OS 9.0.4. Versi terakhir Mac OS X yang disokongnya adalah OS X Tiger 10.4.11. Kredit: Web Archive

Spesifikasi

G4 Cube yang hanya setinggi 8.9″ dan selebar 7.7″ dilengkapi dengan cip pemprosesan PowerPC G4 450 MHz dengan ciri Velocity Engine™, memori RAM 64MB, kad grafik Radeon ATI Rage 128 Pro dan storan HDD 20GB.

Ia juga dilengkapi dengan 2x sambungan FireWire 400, 2x sambungan USB 1.1 (12Mbps), 1 sambungan Ethernet, modem 56K V.90 dan slot pemacu DVD..

Spesifikasi Power Mac G4 Cube. Kredit: Electronico Museum

Setiap pembelian G4 Cube turut disertakan peranti pro keyboard dan tetikus optikal terbaru Apple.

Malah turut disertakan bersamanya adalah aksesori 1 set pembesar suara (pro speakers) dari Harman Kardon yang direka secara khusus oleh Apple bagi dipadankan dengan Power Mac G4 Cube.

(P/s: Dulu Apple tak kedekut).

Set lengkap Power Mac G4 Cube dengan paparan Apple Studio Display flat panel 15″ (skrin dijual berasingan).

Diguna dalam produksi siri TV

Pada tahun 2002 dahulu, seorang pekerja Apple telah berpeluang melawat set pembikinan produksi siri TV Star Trek: Enterprise.

Semasa lawatannya di sana, beliau mendapati produksi itu menggunakan sebanyak 16 buah Power Mac G4 Cube bagi menjalankan animasi antaramuka futuristik untuk kapal angkasa Enterprise dengan menggunakan perisian Macromedia Director.

They use Macromedia Director for the animations of all the “diagnostics” you see running all over the ship. And from that room he can make the ship go to “alert” mode where the diagnostics start changing colours and then he can have it go into “being attacked mode” where the screens blink intermittently.TrekToday

16 buah Power Mac G4 Cube yang digunakan dalam produksi Star Trek: Enterprise. Kredit: Reddit

Ikon reka bentuk industri

Reka bentuk unik G4 Cube memang amat menarik perhatian. Malah ia tidak disangkal sebagai antara rekaan produk paling menarik yang pernah Apple hasilkan.

Ia begitu menarik sehingga menjadi salah satu ikon reka bentuk industri yang dipamerkan dalam The Museum of Modern Art (MoMAdan dalam Digital Design Museum.

Jonathan Ive, Apple Industrial Design Group. G4 Cube Computer. Kredit: MoMA

The personality of these objects is incredibly important,” These objects give more meaning to the desk and the work. They are pleasant companions.” Paola Antonelli kurator Workspheres.

the reason we care about design has more to do with touching the everyday lives of users.” Steve Jobs

(Petikan dari temubual dalam artikel The New York Times: The Apple Cube Entered The Museum as It Exited Stores, 16 Ogos 2001)

Walaubagaimanapun…

Disebalik kekaguman terhadap reka bentuknya, G4 Cube gagal menarik pengguna untuk membelinya.

Terdapat beberapa faktor utama yang menjadi penyebab kepada kegagalan G4 Cube pada ketika itu.

  • Terlampau mahal

Tanda harga bagi G4 Cube adalah bermula dari USD1,799.00. Tetapi ia boleh mencecah sehingga USD1,599.00. Pada tahun 2000/2001, tanda harga itu adalah amat mahal bagi sebuah komputer.

Disebabkan itulah, Apple hanya berjaya menjual sebanyak 29 ribu unit sahaja G4 Cube antara Oktober hingga Disember 2000.

Malah pada tahun berikutnya, jualan komputer tersebut terus merudum kepada hanya 12,000 unit sahaja. (Sumber: Cnet)

Keadaan itu memaksa Apple menamatkan pengeluaran G4 Cube pada Julai 2001. Hanya setahun selepas ia diperkenalkan.

  • Lebih gaya dari prestasi

Memang tidak dinafikan, reka bentuk G4 Cube amat unik. Malah rekaannya mendahului masa.

Reka bentuk unik itu memberikan visual fizikal produk yang sangat mengkagumkan. Malah sehingga kini belum ada reka bentuk komputer yang mampu menandingi kecantikan G4 Cube.

Tetapi gaya sahaja tidak cukup untuk memenuhi keperluan pengguna yang mahukan sebuah komputer yang lebih berkuasa.

Malah Steve Jobs secara peribadi juga mengakui akan perkara ini.

That was not a failure of design. It was a failure of concept. We targeted the Cube at a professional audience. We thought they would rather have something small on the desk than expandability and we were wrong. It was a wrong concept — fabulously implemented.Steve Jobs

  • Tersalah jangkaan

Selain itu, Apple mensasarkan G4 Cube untuk pasaran industri. Mereka mengharapkan permintaan yang tinggi dari industri terhadap G4 Cube. Walaubagaimanapun, mereka tersilap jangkaan kapasiti pasaran tersebut.

The Cube has found a definite market. The disappointment to us was the market wasn’t as big as we thought.” Steve Jobs

  • Kecacatan reka bentuk

Walaupun G4 Cube cantik dipandang menerusi reka bentuknya yang unik, tetapi ia tidak dapat mengelak daripada berlaku kecacatan fizikal pada badannya.

Sebahagian pengguna telah melaporkan bahawa berlakunya keretakan pada bahagian tepi bucu badan G4 Cube dan di bahagian atasnya.

Keseluruhan badan G4 Cube diperbuat daripada bahan polikarbonat yang telus dilihat. Jadi pengguna boleh melihat dengan mudah kesan keretakan yang berlaku pada badan Cube.

Namun begitu, respon terhadap aduan itu Apple hanya menyatakan ia sebagai garisan halus normal yang berlaku pada badan G4 Cube.

Berikutan respon itu, pengguna amat tidak berpuas hati terhadap Apple dan para pengkritik mula menghentam Apple dengan teruk.

  • Limitasi naik taraf perkakasan

Untuk membuka Cube memang amat mudah sekali di mana pengguna hanya perlu terbalikkan kedudukan Cube, menekan pemegangnya dan kemudian menarik keluar keseluruhan isi Cube dari kerangka utamanya.

Dari situ, pengguna dengan mudah boleh mengakses slot RAM bagi menambah kapasiti RAM atau memasang kad Airport pada Cube. Tetapi hanya setakat itu sahaja yang boleh dilakukan pengguna.

Pengguna tidak boleh menambah perkakasan lain kerana ketiadaan slot PCI tambahan mahupun ruang bagi slot storan dalaman untuk ditambah ke dalam Power Mac G4 Cube.

Kesimpulan

Apa yang dapat disimpulkan di sini adalah, kecantikan Power Mac G4 Cube masih belum dapat ditandingi oleh mana-mana model komputer sehingga kini.

Reka bentuknya yang unik itu sememangnya mendahului masa. Tetapi kerana saiznya yang kompak telah menjadi antara penyebab kegagalannya di pasaran.

Pengguna amnya mahukan komputer yang lebih berkuasa, mudah dinaik taraf dan komputer yang mampu dimiliki.

Bukannya sebuah komputer yang cantik dipandang, terlalu mahal dan berspesifikasi rendah.

Selepas kegagalan Cube, Apple tidak lagi mengeluarkan model komputer Macintosh bersaiz kompak. Sehinggalah pada Januari 2005, barulah Apple kembali menghasilkan komputer Macintosh bersaiz kompak iaitu dengan memperkenalkan Mac mini.

Cuma, Apple tidak lagi bermurah hati seperti dulu di mana mereka menyertakan sekali papan kekunci, tetikus dan pembesar audio berkualiti kepada pembeli G4 Cube.

Sebaliknya pengguna kini perlu membeli secara berasingan papan kekunci atau tetikus mereka sendiri untuk digunakan bersama Mac mini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here