Sony keluarkan kamera aksi terbaru
Kamera aksi terbaru Sony dilengkapi dengan fungsi penstabilan imej dan banyak lagi.
Pada September yang lalu, Sony telah pun memperkenalkan 2 produk kamera aksi terbaru mereka iaitu model FDR-X3000R 4K dan HDR-AS300R Full HD. Kedua-dua kamera tersebut kini dilengkapi dengan teknologi inovatif Sony yang dikenali sebagai Balanced Optical SteadyShot (B.O.SS) yang berfungsi sebagai penstabilan imej pada kamera tersebut. Teknologi ini menurut Sony, ia membolehkan lensa kamera dan sensor saling bertindak apabila kamera tersebut bergegar atau bergoyang dengan kuat.
Selain itu, kamera aksi FDR-X3000R dan HDR-AS300R ini juga dilengkapi dengan lensa terbaru ZEISS® Tessar. Kamera FDR-X3000R ini mampu merakam video dengan kualiti 4K manakala HDR-AS300R mampu merakam video penuh berdefinisi tinggi (Full HD). Lensa terbaru ini juga membolehkan ia merakam warna dengan ketepatan warna yang lebih baik. Ia juga dilengkapi perakam suara stereo dengan pengurang bunyi (noise reduction).
Sony juga menawarkan kit tambahan untuk kamera aksi ini iaitu alat paparan kawalan jauh (Live-View Remote) serta antaramuka pengguna yang disambung melalui sambungan Wi-Fi. Ia bertidak sebagai paparan tambahan kamera bagi memudahkan pengguna menonton video yang dirakam secara langsung. Kit ini juga mempuyai fungsi kawalan jauh sepertis start/stop recording, on/off dan banyak lagi. Ciri-ciri lain yang ada pada kamera ini adalah seperti fungsi GPS, rakaman selang masa (Time-lapse Capture) dan lain-lain. Suntingan rakaman video dari kamera ini boleh disunting di aplikasi yang Sony bangunkan iaitu Action Cam Movie Creator. Anda boleh muat turun dan menggunakannya secara percuma.
Harga pasaran bagi kamera Sony FDR-X3000R sahaja adalah USD 400. Manakala harga beserta kit tambahan Live-View Remote pula adalah USD 550. Harga pasaran bagi kamera Sony pula adalah HDR-AS300R USD 300 dan turut ditawarkan harga berserta kit Live-View Remote pada harga USD 450. Buat masa ini kedua-dua kamera terbaru ini masih belum lagi berada di pasaran Malaysia.
Untuk info lebih lanjut tentang spesifikasi penuh kamera ini, anda boleh ke laman web rasmi Sony Malaysia.
Kredit foto: Sony
