kamera GY-HM660
JVC pamerkan 2 kamera pegang tangan terbaru, JVC GY-HM620 dan GY-HM660 yang dilengkapi dengan ciri penstriman terbina dalam pertama di CABSAT 2018.

Cabsat 2018Ketika ini sedang berlangsungnya pameran Penyiaran, Satelit dan Media Digital (CABSAT 2018) di Pusat Dagangan Dunia, Dubai. Ia merupakan pameran yang mengkhususkan bidang Industri kreatif seperti Muzik, Radio, Filem dan Penyiaran. Pameran tersebut berlangsung dari 14 Januari hingga 16 Januari 2018.

Antara syarikat yang menyertai pameran ini adalah JVC KENWOOD Corporation. Di pameran ini, JVC telah mempamerkan 2 buah kamera pegang tangan ProHD terbaru bagi pengguna profesional iaitu JVC GY-HM620 dan GY-HM660.

Model kamera JVC GY-HM620 ini adalah kamera yang dipertingkatkan dengan sensor imej CMOS terbaru serta skrin paparan LCD yang diperbaharui.

Manakala kamera GY-HM660 pula merupakan kamera pegang tangan pertama yang dilengkapi dengan ciri penstriman terbina dalam yang diintegrasi bersama siaran audio IFB (interruptible foldback) dan SMPTE 2022 bagi meningkatkan kestabilan ketika penstriman berlangsung.

kamera GY-HM660Kelebihan ini akan membolehkan wartawan untuk berkomunikasi dengan studio melalui IFB sambil penstriman HD secara langsung sedang dibuat terus dari lapangan. Apabila ia disambungkan berama modem 4G LTE atau hotspot, teknologi video-over-IP terbina dalam pada kamera GY-HM660 dapat menyampaikan kualiti penstriman bermutu dengan pilihan resolusi, kadar bit dan format video tanpa memerlukan lagi sistem transmisi atau pengkodan luar.

Ia memang direka khas bagi media berita, sukan dan produki bebas dengan kebolehan merakam kandungan video dalam pelbagai format HD dan SD termasuklah 1080p/60/50 dan XHQ (Extreme High Quality)  dengan visual lossless 50 Mbps H.264 (.MOV) yang boleh disimpan di dalam kad media SDHC atau SDXC.

GY-HM660 juga boleh merakam video HD penuh pada kad memori, serentak ketika rakaman strim untuk siaran secara langsung sedang berjalan.

Kedua-dua kamera ini dilengkapi dengan tiga sensor CMOS 12-bit terbaru yang dipertingkatkan F13 (50Hz) sensitiviti terhadap cahaya yang rendah. Ia juga turut dilengkapi dengan paparan LCD 3.5″ yang dipertingkat dan lensa Fujinon 23x auto fokus zoom.

2 Kamera ini telah pun di demonstrasikan sebelum ini oleh JVC pada tahun 2016 lalu di pameran National Association of Broadcasters (NAB) di Las Vegas. NAB 2018 akan bermula pada 7 hingga 12 April 2018 nanti di Pusat Konvensyen Las Vegas.

Anda boleh dapatkan spesifikasi penuh kamera ini di laman muka rasmi GY-HM660 dan GY-HM620.

 

Sumber artikel: CABSAT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here