Screen saver password

Tingkatkan ciri keselamatan Mac dengan mengaktifkan kata laluan pada screen saver dan sleep.

Apabila anda mengaktifkan screen saver Mac, secara automatik anda boleh log masuk semula ke dalam macOS tanpa memerlukan anda memasukkan sebarang kata laluan.

Begitu juga apabila anda menghidupkan Mac tersebut dari mod tidur (sleep).

Tidak mengaktifkan kata laluan bagi screen saver dan sleep mungkin mudah untuk anda terus masuk dan menggunakan Mac.

Tetapi kesan negatifnya pula adalah ia juga memudahkan pengguna lain untuk masuk dan mengakses Mac tersebut tanpa melalui sebarang halangan.

Jadi, bagi mengelakkan perkara seumpaama itu berlaku, adalah disyorkan supaya anda mengaktifkan kata laluan pada screen saver dan sleep bagi meningkatkan ciri keselamatan Mac anda.

Langkah mengaktifkan kata laluan bagi screen saver dan sleep adalah seperti berikut:-

1.Buka System Preferences

ikon System Preferences

2. Dalam System Preferences, klik pada ikon Security & Privacy

Security and Privacy
Security & Privacy

3. Di dalam bahagian ini, klik pada tab General dan tandakan pada kotak Require password

Require password for screen saver

4. Selepas tandakan pada kotak tersebut, anda juga boleh menetapkan tempoh masa keperluan memasukkan kata laluan bagi log masuk semula ke macOS.

Sleep Require password

5. Selesai. Selamat mencuba

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here