Rescue Email memudahkan anda menukar kata laluan ID akaun Apple…jika terlupa.

Sebelum ini ariffmac ada terangkan beberapa penyelesaian kepada masalah-masalah yang biasa dihadapi oleh pemilik akaun Apple. Antaranya adalah sekiranya anda terlupa kata laluan iCloud, akaun Apple anda disekat dan cara menukar ID akaun Apple. Walau bagaimanapun masih ramai yang belum faham berkaitan menguruskan akaun Apple.

Akaun Apple

Akaun Apple amat penting kepada pemilik produk-produk Apple. Akaun Apple membolehkan anda mengakses App Store dan memuat turun pelbagai aplikasi, lagu, buku, data storan iCloud, status produk-produk Apple yang dimiliki dan banyak lagi. Akaun Apple anda mungkin adalah seperti berikut :-

  • contoh@gmail.com
  • contoh@yahoo.com
  • contoh@icloud.com
  • contoh@me.com

Kesemua contoh di atas merupakan ID akaun Apple yang mungkin anda gunakan dan miliki. ID ini juga digunakan untuk servis storan iCloud.

Pastikan Rescue Email berbeza dengan ID akaun Apple

Masalah yang biasanya dihadapi oleh pemilik akaun Apple adalah mereka terlupa dengan kata laluan iCloud (jarang sekalilah terlupa nama pengguna) yang telah mengakibatkan akaun Apple anda disekat terus sama sekali. Caranya hanyalah dengan menelefon Apple Support untuk bantuan. Cara-caranya sudah ariffmac tunjukkan sebelum ini. Walaubagaimanapun masalah tersebut sebenarnya boleh diselesaikan dengan mudah sekiranya anda menetapkan email penyelamat (Rescue Email) yang berbeza daripada ID akaun Apple yang digunakan.

Maksudnya, jangan gunakan ID akaun Apple yang sama pada Rescue Email. Sebagai contoh, jika ID Apple anda adalah @gmail.com, pastikan Rescue Email anda berbeza seperti @yahoo.com, @iCloud.com dan lain-lain. Sila semak Rescue Email anda di laman web Apple ID.

AppleID gmail
Contoh ID akaun Apple yang digunakan.
AppleID yahoo
Pastikan Rescue Email berbeza dengan ID akaun Apple.

Biasanya masalah untuk RESET semula kata laluan ID Apple berlaku apabila ID Apple yang sama turut ditetapkan di bahagian Rescue Email. Akaun Apple yang biasa kita terlupa adalah seperti seperti @me.com, @iCloud.com dan @mac.com, sebab ia jarang digunakan, (sebab tu terlupa). Jadi penyelesaian bagi masalah ini adalah dengan tetapkan Rescue Email yang berbeza daripada ID Apple anda bagi memudahkan proses RESET kata laluan ID Apple jika terlupa. Sebaiknya gunakan Email yang biasa anda gunakan (yang setiap hari korang buka). Kan senang 😀

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here