iPad Pro 2018 mudah bengkok
Cuba pulaskan tangan tu, patah tak?

Baru-baru ini telah muncul video yang menunjukkan iPad Pro 2018 kononnya boleh dibengkokkan dengan mudah menggunakan ke dua belah tangan sahaja.

Video ujian ketahan iPad Pro oleh JerryRigEverything ini cukup menarik kerana ia menunjukkan dari saat iPad Pro itu dibuka dari kotak sehinggalah kesudahannya ia dibengkokkan dan dikopak skrin retinanya.

Daripada rakaman video tersebut jelas menunjukkan iPad Pro itu diuji dalam pelbagai bentuk ‘seksaan’ seperti ditoreh hampir kesemua bahagian iPad, dibengkok dan dikopak skrinnya. Ini semua bagi melihat sama ada iPad itu mampu bertahan dengan ujian-ujian tersebut.

Tetapi dalam banyak-banyak ujian yang dibuat ke atas iPad ini, yang mengejutkan ramai pihak adalah betapa mudahnya iPad Pro ini dibengkok dan hampir lipat dengan hanya  menggunakan kedua belah tangan sahaja.

Maka ramailah yang jadi terkejut berok, kecoh dan kalut bertanya serta memberi pendapat sama ada iPad Pro 2018 ini berbaloi dibeli atau pun tidak. Malah ada juga yang mula berpandangan negatif terhadap iPad tersebut.

Tujuan artikel ini bukanlah hendak membela nasib si iPad tu ataupun produk keluaran Apple yang lainnya. Tetapi lebih kepada respon terhadap mereka yang mudah melatah atau buat-buat terkejut berok.

Itu ujian ketahananlah!

Setiap pengeluar produk seperti ini mereka akan melakukan ujian bagi memastikan produk-produk mereka mampu bertahan daripada regim aktiviti harian pengguna.

Ujian ketahan fizikal terutamanya akan dibuat bagi memastikan ia tidak mudah patah atau bengkok. Tetapi pada satu tahap, apabila tekanan yang diletakkan lebih daripada kemampuan material, ia pasti juga akan bengkok.

Apple memang sedar akan hal ini dan para pengguna juga sepatutnya sedia maklum, setiap benda ada limitasinya. Tetapi persoalannya di sini adalah, adakah anda buka-buka sahaja ia dari kotak terus dengan tujuan mahu membengkokkan iPad Pro yang berharga dari RM3499.00 itu?

Melainkan anda memang ditaja untuk berbuat demikian sepertimana pemuat naik video iPad Pro tersebut, lainlah ceritanya. Ada juga yang mengatakan iPad Pro ini akan mudah bengkok apabila diletakkan dalam beg.

Boleh bengkok tapi bukan mudah

Ya ia boleh bengkok jika ada tekanan yang cukup ke atas iPad tersebut yang diletakkan secara tidak sama rata pada permukaan.

Tetapi adalah mustahil untuk iPad Pro ini terlampau mudah dilentur. Jika dilihat semula kepada video tersebut, anda akan dapati penguji sebenarnya terpaksa menekan dengan agak kuat menggunakan kedua tangan dan mengambil sedikit masa untuk membengkokkan iPad tersebut sepenuhnya. (Lihat dari minit 6.26 ke 6.30).

Daripada penelitian ini sudah cukup membuktikan bahawa iPad Pro sebenarnya mempunyai ketahanan kerangka yang tinggi yang mampu menghalangnya daripada mudah bengkok.

Apa yang nak dihairankan…

Isu sebenarnya di sini adalah persepsi pengguna yang mudah kehairanan apabila dapat tahu yang iPad Pro ini boleh dibengkokkan. Apa yang nak dihairankan kalau dah secara sengaja mahu membengkokkan sesuatu yang kita sudah tahu hasilnya.

‘Ini bukan zaman batulah, apa yang nak hairan sangat’

Cuba anda kilaskan tangan dengan sengaja beserta niat mahu membengkokkan tangan anda, kompom bengkoklah.

Ya iPad Pro boleh bengkok tetapi itu tidak bererti ia mudah. Kalau mudah, penguji tak perlulah gunakan kedua belah tangannya. Cukup hanya menggunakan kekuatan jari sahaja.

Yang lain pun sama jugaklah…

Baiklah, jika masih tetap dengan pendirian bahawa iPad Pro 2018 mudah bengkok, apa kata anda lihat video ini pula. Video ini dihasilkan oleh Snazzy Labs yang melakukan ujian ketahanan ke atas peranti tablet Android Huawei pula.

Jelas dari video tersebut membuktikan yang mana peranti seperti ini boleh dibengkokkan. Sekian.

Kesimpulan

Malas nak cerita panjang. Kesimpulannya ringkas sahaja, mana-mana peranti elektronik seperti iPad Pro dan seangkatan dengannya, memang boleh bengkok, tetapi bukan mudah.

Lagipun, kalau dah beli iPad memahal, takkanlah nak biar dia togel je, mesti beli aksesori pelindungnya pulak… ye tak. Apolah, itu pun takleh pikiaq.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here